awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daging, tulang lembu dari Australia dirampas

Sinar Harian
Sinar Harian
20/12/2023
02:40 MYT
Daging, tulang lembu dari Australia dirampas
Maqis Selangor merampas daging dan tulang lembu sejuk beku di kargo KLIA, Sepang kerana mengemukakan sijil halal mengelirukan, pada Jumaat lalu. - Foto Sinar Harian
SEPANG: Daging dan tulang lembu sejuk beku bernilai kira-kira RM250,000 dari Australia dirampas di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Jumaat lalu.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, rampasan seberat 1,780 kilogram itu dibuat susulan pemeriksaan pada jam 4 petang sebelum didapati mengemukakan dokumen sijil halal yang mengandungi maklumat mengelirukan.
"Semakan awal mendapati hasilan haiwan yang dibawa masuk oleh syarikat tempatan itu mempunyai permit import sah daripada Maqis.
"Namun, pemeriksaan lanjut mendapati tarikh penyembelihan dinyatakan dalam sijil halal tidak sama dengan yang tertera pada kotak dan pembungkus daging," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengisytiharkan maklumat yang mengelirukan.
Katanya, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diberi perhatian di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian.
"Ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#daging lembu
#kargo klia
#MAQIS Selangor
#sijil halal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan