GUA MUSANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim menyelar dakwaan pertubuhan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan) kononnya penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengabaikan kebajikan komuniti Orang Asli di pedalaman Gua Musang.
Sebaliknya, Mohd Syahbuddin Hashim menegaskan, Orang Asli di pedalaman Gua Musang yang menetap di pos-pos seperti Pos Kuala Betis, Pos Hendrop, Tuel, Lojing dan sebagainya diberikan pembelaan dan tumpuan khusus oleh Tengku Razaleigh.
Menurut Mohd Syahbuddin, dakwaan Jaringan tidak berasas kerana pelbagai projek pembangunan dilaksanakan di penempatan Orang Asli, antaranya jalan perhubungan desa yang turut tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan proses pelaksanaannya menunggu masa rolling plan seterusnya.
"Kalau dakwaan mengatakan Tengku Razaleigh tidak cakna kepada masyarakat Orang Asli yang dalam kawasan Parlimen Gua Musang, ia adalah tuduhan melulu dan berbaur hasutan, sedangkan sepanjang bergelar wakil rakyat di sini, Orang Asli sentiasa dekat di hati beliau," katanya ketika dihubungi.
Mohd Syahbuddin berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Jaringan bahawa Tengku Razaleigh tidak bertindak mengenai isu-isu utama melibatkan komuniti itu dalam perkhidmatannya selama 30 tahun.
Bahkan menurut Mohd Syahbuddin lagi, masyarakat Orang Asli melalui perubahan sejak dahulu dan kini baik dalam soal pendidikan, kemudahan, penempatan dan sebagainya.
"Kedudukan Orang Asli dulu dan sekarang amat berbeza termasuklah pertambahan Pos Penempatan Orang Asli, jalan perhubungan, kemudahan rumah, elektrik dan liputan internet dan pendidikan anak anak Orang Asli yang terus diberikan penekanan oleh kerajaan dan juga Tengku Razaleigh sendiri.
"Penempatan semula seperti di Kuala Betis, Pos Brook, Lojing, Pos Tuel dan Hendrop antaranya merupakan bukti masyarakat asli tidak dipinggirkan.
"Sudah kurang masyarakat Orang Asli tinggal di rumah buluh, bahkan sebahagian daripada anak-anak Orang Asli dapat melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan bekerjaya," tambahnya.
Dalam masas sama, Mohd Syahbuddin menggesa Jaringan agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda politik dengan menghasut masyarakat Orang Asli supaya menentang kerajaan.
Sebaiknya, jelas beliau, kerjasama boleh dijalinkan antara kerajaan, wakil rakyat dan kumpulan Jaringan dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan orang asli bukan sahaja di Gua Musang sebaliknya di kawasan lain.
"Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan dan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) pada sambutan Hari Orang Asli Kelantan dan Terengganu turut memaklumkan mengenai beberapa projek antaranya pembinaan jalan perhubungan desa bahkan Tengku Razaleigh juga melalui peruntukkan Parlimen telah menyediakan sejumlah RM370,000 untuk projek "sapu jalan" membaiki kerosakan jalan dan sebagai persediaan menghadapi peralihan Monsun Timur Laut.
"Projek membersih dan membaiki jalan sedang dijalankan bagi memberi kemudahan kepada masyarakat Orang Asli keluar atau masuk pada musim hujan," tambahnya.
Jaringan dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, perkara itu timbul apabila kumpulan itu dijemput ke kawasan Cameron Highlands untuk bertemu penyandang Parlimen itu, Ramli Mohd Nor, yang telah melaksanakan projek kerja jalan sepanjang lebih 30 kilometer.
"Ini adalah satu tindakan luar biasa jika dibandingkan kami di Gua Musang, Ku Li lebih 30 tahun berkhidmat tapi sekitar RPS Kuala Betis pun telah gagal untuk membaiki jalan perhubungan desa.
"Tengku Razaleigh dilihat telah gagal walaupun beliau memimpin lebih 30 tahun sejak semangat 46. Keadaan ini sepatutnya Orang Asli telah sedar dan tidak lagi ditipu untuk kali seterusnya," dakwa kumpulan itu.
Vivi Sumanti
Wed Oct 26 2022
Mohd Syahbuddin Hashim menyelar dakwaan pertubuhan Jaringan kononnya penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengabaikan kebajikan komuniti Orang Asli di pedalaman Gua Musang. - Gambar fail
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli
Hanya terdapat anggaran kurang daripada satu peratus masyarakat Orang Asli di seluruh negara terlibat secara langsung dalam sektor awam.
Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.
Trauma Bah Kuning 2014: Orang Asli di Gua Musang mahu kekal tinggal di bangsal
50 keluarga masih enggan pulang ke rumah masing-masing khususnya yang terletak di kawasan lebih rendah.
Belanjawan 2025: Pahang sasar kutipan hasil RM1.194 bilion
Pahang menyasarkan kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.194 bilion tahun depan iaitu peningkatan lima peratus berbanding belanjawan tahun lepas.
72 kampung Orang Asli diwartakan di Perak setakat ini - Exco
Sebanyak 72 pewartaan kawasan yang melibatkan 99 Kampung Orang Asli (KOA) telah diwartakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Perak setakat ini.
Pahang bina pangsapuri bantu orang muda dan B40 miliki rumah
Kerajaan Pahang akan membina pangsapuri bagi membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah sejajar misi memastikan tiada lapisan masyarakat di negeri ini terpinggir.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
Orang Asli tiada geran tanah mahu jual kelapa sawit perlu rujuk kerajaan negeri
Masyarakat Orang Asli yang mahu menjual buah kelapa sawit tetapi tidak memiliki geran tanah dan lesen perlu merujuk kepada kerajaan negeri masing-masing.
Gombak-Hulu Langat Geopark bantu jayakan Tahun Melawat Selangor 2025 - Amirudin
Perisytiharan Gombak-Hulu Langat Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor akan menjadi antara batu loncatan bagi mempromosikan tarikan pelancongan.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.