awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan cabul peserta Unduk Ngadau, Ahli parti STAR direman empat hari

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2021
05:46 MYT
Dakwaan cabul peserta Unduk Ngadau, Ahli parti STAR direman empat hari
Ahli parti STAR berkenaan ditahan di pejabatnya di Asia City pada Khamis. - Foto Astro AWANI.
KOTA KINABALU: Seorang ahli parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang dipercayai mencabul seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan direman empat hari untuk membantu siasatan polis.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Lovely Natasha Charles terhadap lelaki berusia 52 tahun itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Suspek sebelum itu ditahan selepas membuat sidang media berhubung dakwaan berkenaan di pejabatnya di Asia City, di sini, sekitar jam 1 petang, pada Khamis.
BACA: Didakwa cabul peserta Unduk Ngadau, ahli parti STAR ditahan polis
Terdahulu seorang peserta Unduk Ngadau di bahagian utara Sabah membuat laporan polis terhadap ahli politik berkenaan yang dakwanya membuat gangguan secara seksual terhadapnya pada 19 Mei lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali pada khamis mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.
BACA: Polis siasat laporan peserta Unduk Ngadau dicabul
BACA: STAR gantung ahli didakwa cabul peserta Unduk Ngadau
Topic Berkaitan
#cabul
#unduk ngadau
#Pesta Kaamatan
#STAR
#Datuk Hazani Ghazali
#pesuruhjaya polis
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan