KOTA BHARU: Polis menafikan dakwaan berlaku cubaan culik terhadap dua kanak-kanak perempuan di Pantai Kemayang, Bachok, seperti yang ditularkan pemilik akaun Facebook 'Info Banjir Negeri Kelantan', semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.
Beliau berkata salah faham itu timbul apabila pengadu membuat laporan polis selepas melihat anaknya berusia tujuh tahun serta anak saudara berusia sembilan tahun berlari ke rumah nenek mereka daripada arah kedai berdekatan dan ternampak sebuah kereta jenis Proton Iswara berhenti berdekatan dengan kanak-kanak terbabit.
"Pengadu menyatakan kereta tersebut bertindak bergerak ke arah sama kedua-dua mangsa melarikan diri dan menyebabkan pengadu serta abang iparnya cuba mengejar kereta yang dinaiki tiga lelaki dengan menggunakan motosikal, tetapi tidak berjaya.
"Susulan itu, pengadu terus ke balai polis membuat laporan. Pada hari yang sama juga seorang lelaki yang juga pemandu kereta Proton Iswara turut membuat laporan mengenai kejadian terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemandu kereta berusia 33 tahun itu memaklumkan telah pergi ke Pantai Kemayang untuk minum setelah urusan jual beli kenderaan terpakai di Kampung Kemasin tidak berjaya dilakukan.
"Ketika lelaki tersebut bersama adik dan sepupunya bergerak keluar ke Kampung Melor dengan bertindak mengundur kenderaan, mereka mendapati dua kanak-kanak perempuan berlari dalam keadaan menangis.
"Dia kemudian melihat sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki mengejar kenderaannya.
"Oleh kerana takut, dia bertindak melarikan diri memandangkan bersamanya terdapat wang tunai RM16,000 dan terus ke balai polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata pengadu dan pihak yang disyaki telah berjumpa serta berpuas hati dengan hasil siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan kurang jelas yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
Semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.
Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, cemerlang menewaskan lawan pasukan senegara Tan kian Meng-Lai Pei Jing, 21-19,21-14 untuk menempah slot awal ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Lima ahli keluarga suspek ditahan bawah SOSMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA pada Jumaat.
Pantau Belanjawan: Unlocking Malaysia's green potential, energy diversity journey
Group CEO and Co-Founder, Plus Xnergy, Ko Chuan Zhen brings forward the discussion on Malaysia's renewable energy landscape to provide a comprehensive understanding of current trends, challenges, and future directions necessary for achieving the country's energy and environmental goals.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.13 mata kepada 1,621.05 daripada paras penutup 1,629.18 pada Khamis.
Niaga SPOTLIGHT: Human capital - Economic migration & brain drain
Ibu tunggang motosikal bersama dua anak diragut
Suspek yang juga bermotosikal meragut gelang tangan wanita berkenaan sebelum melarikan diri, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Keluarga Maradona halang lelongan Bola Emas
Trofi yang diberikan kepada pemain terbaik kejohanan itu telah hilang selama beberapa dekad sebelum ditemui oleh peniaga barangan antik.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7150/7190 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7020/7055 pada Khamis.
Lelaki kerugian RM12,000 angkara 'Love Scam'
Mangsa berkenalan dengan suspek yang mengaku dirinya sebagai 'perempuan' melalui aplikasi cari jodoh, Tinder.
Kemunculan kenderaan perisai Tarantula, Rentaka jadi tumpuan ramai pada Malaysia Autoshow 2024
Penyertaan kali pertama Mildef memberi peluang kepada peminat automotif mendekati kenderaan perisai yang dibangunkan syarikat tempatan itu.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis
Semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.
Culik ahli perniagaan wanita untuk tebusan RM2 juta: Dua lelaki dihukum penjara 30 tahun
Panel tiga hakim menolak rayuan Lew Ngee Chin dan Chin Yoon Tack@Chin Yoon Tock berhubung sabitan terhadap mereka.
3 remaja didakwa culik kanak-kanak
Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.
Video tular kes culik di Sepang tidak benar - Polis
Polis Daerah Sepang terima laporan pada 9.30 pagi 31 Okt, berkaitan sebuah kereta mencurigakan di depan kedai dobi di Sepang Putra.
Polis siasat kes curi kereta, culik pelajar di Ranau
Beberapa video tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta dihalang sebuah kenderaan polis dan juga orang awam, sebelum anggota polis itu bertindak menahan suspek yang berada dalam kereta tersebut
Culik: Ibu pemain bintang Liverpool berjaya diselamatkan
PRESIDEN Colombia, Gustavo Petro mengesahkan ibu kepada pemain bola sepak Liverpool, Luis Diaz telah diselamatkan selepas diculik di utara Colombia, namun pegawai masih mencari bapanya yang hilang.
Acah-acah culik, minta wang tebusan... Modus operandi baharu scammer
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menjadi mangsa penipuan scammer yang menggunakan modus operandi baharu dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis.