MALAYSIA
Dakwaan cubaan culik murid sekolah di Ayer Keroh salah faham - Polis

Christopher berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang hebahan atau spekulasi berhubung sebarang kejadian tanpa pengesahan pihak berkuasa. - Foto Bernama
MELAKA: Polis Melaka mengesahkan dakwaan cubaan culik seorang murid lelaki di sebuah sekolah di Ayer Keroh di sini yang tular menerusi aplikasi kumpulan WhatsApp sekolah itu semalam adalah salah faham.
Ringkasan AI
- Polis sahkan tiada cubaan culik di Ayer Keroh, insiden yang tular di WhatsApp hanyalah salah faham antara ibu murid dan seorang penjaja.
- Wanita disangka penculik hanya ambil anak sendiri, secara tidak sengaja berjalan bersama murid lain selepas menegur isu berebut pemadam.
- Polis nasihat orang ramai elak sebar maklumat tanpa pengesahan, semua isu keselamatan perlu dirujuk kepada pihak berkuasa.
"Bagaimanapun, pada 4.27 petang semalam, pihak polis menerima laporan yang dibuat seorang wanita berusia 44 tahun yang merupakan seorang penjaja selepas beliau melihat notis atau pemakluman dakwaan cubaan culik itu dikaitkan dengan dirinya dalam kumpulan WhatsApp sekolah anaknya.
"Penjaja berkenaan berkata pada waktu kejadian, dia ke sekolah untuk mengambil anaknya berusia 11 tahun yang turut berada di sekolah dan secara tidak sengaja berjalan bersama murid tahun tiga itu semasa keluar dari kawasan sekolah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata wanita yang disangka 'penculik' itu turut memaklumkan sebelum kejadian, dia berjumpa dengan murid berkenaan dan bertanya mengapa berebut pemadam getah dengan anaknya sebelum beredar keluar dari sekolah berkenaan.
Katanya hasil siasatan polis turut mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian yang dilaporkan itu dan kedua-dua wanita itu telah hadir ke Balai Polis Ayer Keroh bagi menyelesaikan salah faham tersebut.
Sehubungan itu, Christopher berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang hebahan atau spekulasi berhubung sebarang kejadian tanpa pengesahan pihak berkuasa.
"Sebarang maklumat berkaitan hal keselamatan dan ketenteraman awam hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada pihak polis," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami