awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan DBKL halau gelandangan, hanya satu salah faham - Loga

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
02/06/2016
03:10 MYT
Dakwaan DBKL halau gelandangan, hanya satu salah faham - Loga
Menurut Bala sebanyak dua buah lori dan beberapa pegawai telah dikerahkan dalam insiden berkenaan.
Dakwaan Pertubuhan Kebajikan dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED) yang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melakukan operasi menghalau golongan gelandangan keluar dari ibu kota hanyalah satu salah faham.
Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan operasi terbabit adalah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan DBKL hanya sekadar membantu menyediakan bantuan logistik dan tidak mengetuainya.
"Ini hanyalah salah faham. Operasi berkenaan dilakukan agensi kerajaan (AADK) dan DBKL hanya memberi bantuan logistik seperti yang diminta oleh agensi berkenaan.
"Kenapa kami mahu melakukan operasi sebegitu, memandangkan kami sudah mempunyai pusat transit gelandangan kami sendiri, iaitu di Jalan Pahang dan Medan Tuanku?" tambah Bala dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Terowong Pejalan Kaki Masjid Negara, di Kompleks Daya Bumi di sini hari ini.
Beliau juga menambah sebanyak dua buah lori dan beberapa pegawai telah dikerahkan membantu dalam operasi berkenaan.
Sebelum ini, SEED dilaporkan mendakwa DBKL telah melakukan operasi menangkap golongan gelandangan dan menghantar mereka ke beberapa lokasi berbeza, termasuk di Rawang dan Lebuh Raya Karak.
Susulan itu, Bala berkata SEED sepatutnya melakukan penyemakan fakta, sebelum melakukan tuduhan melulu.
"Jika SEED benar-benar ambil kisah mengenai gelandangan, adakan pertemuan dengan DBKL, bagi membincangkan isu gelandangan dengan lebih mendalam, bagi membantu golongan ini.
Topic Berkaitan
#AADK
#DBKL
#gelandangan
#loga bala mohan
#SEED
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan