awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan pencerobohan kapal Tentera Laut China tidak tepat - Panglima TLDM

Bernama
Bernama
20/12/2015
12:37 MYT
Dakwaan pencerobohan kapal Tentera Laut China tidak tepat - Panglima TLDM
TLDM sentiasa mengawasi perairan negara khususnya di Laut China Selatan termasuk di kawasan perairan Beting Patinggi Ali. - Gambar Fail
Dakwaan kononnya berlaku pencerobohan kapal Tentera Laut China di perairan Bintulu, Sarawak dan Beting Patinggi Ali seperti dilaporkan di media sosial adalah tidak benar.
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata sejak 18 Nov lepas, tiada kapal tentera laut republik itu dilaporkan berada di kawasan berkenaan.
"Kapal yang dilihat itu hanyalah kapal peronda yang berada di luar 12 batu nautika iaitu di luar perairan Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya TLDM sentiasa mengawasi perairan negara khususnya di Laut China Selatan termasuk di kawasan perairan Beting Patinggi Ali, selain kawalan yang sama dilakukan Tentera Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Ahmad Kamarulzaman meminta semua pihak terutamanya media sosial menghentikan penyebaran sebarang maklumat berkaitan isu yang berkaitan keselamatan negara.
"Jangan sebarkan sebarang maklumat dalam media sosial tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu," katanya.
Topic Berkaitan
#Beting
#Bintulu
#Tentera Laut China
#Tentera Laut Diraja Malaysia
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan