awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan 'pintu belakang': Azmin bertikam lidah dengan Anwar di Dewan Rakyat

Fareez Azman
Fareez Azman
26/07/2021
07:41 MYT
Dakwaan 'pintu belakang': Azmin bertikam lidah dengan Anwar di Dewan Rakyat
Anwar mendakwa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang diterajui Mohamed Azmin menggunakan kaedah 'pintu belakang' untuk membenarkan sektor industri beroperasi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sidang Mesyuarat Khas Parlimen bertukar 'panas' selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menggunakan kaedah 'pintu belakang' untuk membenarkan sektor industri beroperasi ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Dakwaan itu mencetuskan bantahan daripada menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang cuba mencelah dan mematahkan dakwaan Anwar.
"Kita ada pertimbangan keperluan menjaga kesihatan dan pemulihan ekonomi ... oleh demikian ada usul daripada SME.
"Kita harus jaga patuhi SOP (prosedur operasi standard), di antara malapetaka kita hadapi baru-baru ini. MITI bagi urusan 'pintu belakang' kepada siapa sahaja, akhirnya kluster yang besar termasuk kluster kilang. TPM (Timbalan Perdana Menteri) boleh sahkan," dakwa Anwar dalam sesi petang Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang bermula di sini, pada Isnin.
LAMAN MIKRO SISITV PARLIMEN ADA DI SINI
[LAPOR LANGSUNG] Sesi petang Sidang Mesyuarat Khas Parlimen sudah bermula
Mohamed Azmin bangun dan menjelaskan jawapan kepada dakwaan itu.
"Fakta tidak betul. Saya nak minta penjelasan daripada Port Dickson. Saya minta Ketua Pembangkang masa bercakap biar guna fakta, guna data yang betul.
"Saya ada data, bahawa sektor pembuatan bukan penyumbang utama. Daripada 1 Jun sehingga 23 Julai, kluster pembuatan hanya (merekodkan) 35,000 iaitu hanya 8.4 peratus," tegas Azmin.
Kedua pemimpin itu berterusan bertikam lidah sebelum ditenangkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Cuba
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#MITI
#pembangkang
#SOP
#TPM
#kluster
#kilang
#Premis perniagaan
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan