KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp, kononnya ramai warga Bangladesh diberikan kad pengenalan (MyKad) menjelang pilihan raya.
Dalam satu kenyataan, JPN menegaskan, dakwaan tersebut tidak benar, sebaliknya, MyKad hanya dikeluarkan kepada individu warganegara Malaysia yang layak sahaja, berdasarkan peruntukan perundangan.
"JPN juga ingin menjelaskan bahawa paparan MyKad yang ditularkan dan didakwa milik warga Bangladesh itu adalah tidak benar. Sebaliknya, beliau adalah seorang warganegara Malaysia yang sah.
"Beliau telah diambil sebagai anak angkat secara sah dari sudut undang-undang dan dibesarkan oleh satu keluarga Cina sejak dari lahir lagi. Malah isu ini telah dilaporkan oleh pihak media yang menjelaskan bahawa individu tersebut adalah warganegara Malaysia," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan JPN, satu laporan polis telah dibuat pihaknya pada 23 Okt lepas, memandangkan dakwaan itu bukan sahaja menjatuhkan imej dan menjejaskan kredibiliti jabatan itu, malah boleh mencetuskan kebimbangan awam.
"Laporan tersebut dibuat supaya pihak polis boleh menjalankan siasatan, terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan dakwaan palsu berkenaan," katanya.
JPN turut mengingatkan orang ramai, supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi mengenainya dan tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana individu, yang didapati menyebarkan maklumat palsu.
Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau e-mel [email protected]. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2022
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp, kononnya ramai warga Bangladesh diberikan kad pengenalan (MyKad) menjelang pilihan raya. - Gambar hiasan
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
JPN tidak pernah lantik ejen untuk pendaftaran MyKad
Berdasarkan aduan diterima, ejen atau individu yang mengaku boleh mendapatkan MyKad itu mengenakan caj antara RM2,000 hingga RM5,000.
Selepas 59 tahun, warga emas teruja dapat MyKad baharu
Tular di media sosial pada 3 Julai lalu mengenai Mat Sani yang tidak mempunyai MyKad sehinggakan kisahnya turut dikongsikan oleh selebriti kemanusiaan popular negara, Ebit Lew.
Lapan warga asing ditahan guna Mykad palsu hadiri temu duga kerja
Cubaan lapan individu warga Indonesia menggunakan Mykad palsu untuk menghadiri temu duga kerja di sebuah kilang di Klang, membawa padah apabila ditahan polis pada Rabu.
Warga Indonesia ditahan guna Mykad orang lain cuba masuki Tawau
Seorang lelaki pendatang asing tanpa izin dipercayai warga Indonesia ditahan polis kerana menggunakan Mykad milik orang lain untuk mengaburi pihak berkuasa dalam cubaan untuk memasuki daerah Tawau.
Mangsa minum cecair peluntur terima MyKad
Kanak-kanak yang cuba bunuh diri dengan meminum cecair peluntur S. Mahalachime menerima MyKad yang dipohonnya.