awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan rasuah KLIA: SPRM ambil keterangan Menteri MOTAC, dua warga China

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
04/07/2023
02:20 MYT
Dakwaan rasuah KLIA: SPRM ambil keterangan Menteri MOTAC, dua warga China
SPRM juga telah mengenal pasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan 'menyelesaikan' kes melibatkan seorang pelancong asing.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan tiga saksi termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berhubung dakwaan rasuah melibatkan insiden seorang warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.
Selain Tiong, dua saksi utama warga China turut diambil keterangan bagi membantu siasatan, serta beberapa orang pegawai imigresen terlibat yang akan dipanggil hari ini.
SPRM juga telah mengenal pasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan “menyelesaikan” kes melibatkan seorang pelancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana yang ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia.
Menurut sumber, pihaknya sedang giat mengesan individu yang merupakan ejen yang dikatakan telah meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes berkenaan
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
Beliau menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan masa bagi SPRM melengkapkan siasatan berkenaan.
Terdahulu, Azam mengesahkan akan mengadakan pertemuan dengan Tiong dan warga China terbabit pada Isnin, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan salah laku pegawai Imigresen.
Ia susulan dakwaan menteri itu sebelum ini bahawa wujud amalan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan sebilangan pegawai Imigresen yang bertugas di KLIA selepas insiden kekecohan di pintu masuk utama negara itu.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Kekecohan KLIA
#Tiong King Sing
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan