IPOH: Pihak pembelaan dalam kes rogol melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong, hari ini menutup kes mereka selepas selesai memanggil kesemua tiga saksi.
Peguam Datuk Rajpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan, memaklumkan perkara tersebut kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed bahawa pihaknya menutup kes itu selepas saksi ketiga, bapa saudara kepada pembantu rumah Indonesia yang mendakwa menjadi mangsa rogol, selesai memberikan keterangan.
Hakim kemudian memerintahkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan bertulis sebelum atau pada 25 April, dan memfailkan jawapan balas pada 9 Mei selain menetapkan 17 Mei untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan.
Sebelum ini pada 16 Mac, pasukan pembelaan memanggil dua orang saksi termasuk Chooo Kiong dan isterinya, Too Choon Looi, 46.
Dalam prosiding hari ini, saksi terakhir iaitu bapa saudara kepada pembantu rumah warga Indonesia tersebut memberitahu mahkamah menggunakan jurubahasa, bahawa mangsa pernah menyebut 'ada orang jahat' dan ingin pulang ke negara asal.
Muhammad Rusdi, 51, dari Sumbawa, Indonesia berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya dan juga ibu mangsa, hanya dikenali sebagai Tina, dalam satu pertemuan di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur pada 19 Sept 2019 lalu.
"Masa jumpa, dia cuma cakap mahu pulang sambil menangis dan memeluk ibunya. Dia mahu pulang kerana ada orang jahat," katanya sewaktu disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fitri Sadarudin.
Ditanya Mohd Fitri sama ada mangsa merujuk 'orang jahat' itu kepada majikannya, Muhamad tidak bersetuju.
Muhammad turut memaklumkan pada satu-satunya pertemuan antara mereka bertiga itu, mangsa cuba memberitahu satu rahsia namun tidak berbuat demikian, kerana diarah keluar dari hostel kedutaan.
Saksi itu juga tidak setuju dengan cadangan Mohd Fitri, bahawa rahsia itu merujuk kepada hasrat wanita tersebut yang mahu memberitahu dia telah dirogol oleh majikannya.
Muhammad selepas itu bersetuju dengan cadangan Mohd Fitri bahawa memandangkan laporan polis dibuat ibu mangsa selepas pertemuan tersebut, seharusnya dia yang hadir memberikan keterangan namun tidak dapat berbuat demikian kerana uzur (sakit) di Indonesia.
Ketika disoal balas oleh Rajpal Singh sama ada mangsa memaklumkan siapa 'orang jahat' yang dimaksudkan, Muhammad menjawab: "Tidak bilang (dimaklumkan). Saya tidak tahu siapa orang itu."
Yong, 52, didakwa merogol pembantu rumah berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park antara 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019, mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah Tinggi sebelum ini, memerintahkan Yong membela diri selepas memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
Mahkamah Tinggi sebelum ini, memerintahkan Yong membela diri selepas memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. - Foto BERNAMA
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan
Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan kes merogol pembantu rumah.
Kes rogol amah: Pendengaran rayuan akhir Paul Yong 23 Okt ini
Mahkamah Persekutuan menetapkan 23 Okt depan untuk mendengar rayuan akhir bekas ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah kes rogol.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong kekal bersalah rogol amah
Mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan mengekalkan hukuman dua sebatan.
Bekas ADUN Tronoh dibenarkan tambah tiga alasan dalam petisyen rayuan
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin membenarkan permohonan Yong.
PBM bincang kedudukan Paul Yong pada Jumaat
PBM akan memperhalusi kedudukan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, susulan sabitan salah merogol pembantu rumah.
Bersalah rogol pembantu rumah, Paul Yong dihukum penjara 13 tahun, dua sebatan
Hakim mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Tuduhan rogol pembantu rumah: Nasib Paul Yong ditentukan pagi ini
Jika sabit kesalahan, Paul Yong boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Keputusan kes rogol Paul Yong Rabu ini ditangguh
Penangguhan ke tarikh baharu 27 Julai depan itu dimaklumkan Datuk Rajpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan.