awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan terhadap Azmin tidak benar - SPRM

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2019
10:53 MYT
Dakwaan terhadap Azmin tidak benar - SPRM
AZAM: Siasatan telah dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia serta institusi kewangan lain dan mendapati tohmahan yang dibangkitkan ini adalah tidak benar. - Gambar fail
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tidak berlaku transaksi meragukan dan tidak wujud akaun luar negara yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya menerima pelbagai pertanyaan daripada media serta orang ramai berhubung laporan yang dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.
Lokman baru-baru ini membangkitkan tentang transaksi yang dianggap meragukan oleh sebuah syarikat pembinaan ke akaun bank peribadi milik menteri kanan yang merujuk kepada Mohamed Azmin.
BACA: Transaksi akaun bank Azmin Ali tidak wujud - SPRM
Selain itu, Lokman juga dalam laporannya mendakwa wujud satu akaun di luar negara pada 2012, milik menteri berkenaan.
"SPRM telah menjalankan siasatan dan mendapati tidak wujud transaksi yang dinyatakan dan tiada kewujudan akaun yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azam juga berkata, SPRM turut menyiasat berkaitan tohmahan terhadap Mohamed Azmin yang bertajuk "Here is the proof Azmin Ali is toyol of Selangor" yang mana satu laporan pernah diterima pada Ogos 2018.
"Berhubung dengan isu ini, siasatan tersebut telah dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia serta institusi kewangan lain dan mendapati tohmahan yang dibangkitkan ini adalah tidak benar," katanya.
BACA: Dakwaan di media sosial tidak benar - UEM Group
Topic Berkaitan
#akaun bank peribadi
#akaun luar negara
#Azam Baki
#Azmin Ali
#Bank Negara Malaysia
#ekonomi
#institusi kewangan
#laporan
#Lokman Noor Adam
#Menteri Kanan
#Mohamed Azmin Ali
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#tohmahan
#transaksi meragukan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan