awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan Timbalan Menteri Kerja Raya, Anuar Tahir hilang ingatan tidak bermoral - Setiausaha Sulit

Astro Awani
Astro Awani
19/11/2019
08:03 MYT
Dakwaan Timbalan Menteri Kerja Raya, Anuar Tahir  hilang ingatan tidak bermoral - Setiausaha Sulit
Menurut Ahmad Tarmizi lagi, Mohd Anuar (gambar) kini sedang menerima rawatan fisioterapi dan tidak perlu menjalani sebarang pembedahan. - Gambar fail/BERNAMA
Penularan berita mengenai keadaan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Anuar Tahir yang didakwa mengalami hilang ingatan adalah tidak benar dan dilakukan oleh mereka yang tidak bermoral.
Setiausaha Sulit beliau, Ahmad Tarmizi Ismail yang menafikan perkara itu berkata, Mohd Anuar yang sedang dirawat di hospital kini dalam fasa pemulihan dan dijangka keluar dalam masa terdekat.
Menurut Ahmad Tarmizi lagi, Mohd Anuar kini sedang menerima rawatan fisioterapi dan tidak perlu menjalani sebarang pembedahan.
"Beliau (Mohd Anuar) sihat dan sedang dalam proses pemulihan. Beliau diberi pemulihan melalui aktiviti fisio, maksudnya kalau ikutkan apa yang telah di beritahu oleh doktor ini menggambarkan beliau pulih," katanya sewaktu ditemui selepas Majlis Sumbangan 'Jom ke Sekolah 2020’ di Dewan Tun Abdul Razak, di Temerloh Pahang bagi mewakili Mohd Anuar.
Turut hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, Zabidi Nasan.
BACA: Timbalan Menteri Anuar Tahir pengsan, dimasukkan ke HKL
Pada majlis itu seramai 400 orang murid dan pelajar di Parlimen Temerloh menerima sumbangan peralatan sekolah sumbangan Yayasan Taqwa.
Baru-baru ini tular dalam media sosial menyatakan Mohd. Anuar mengalami simptom hilang ingatan yang kritikal sehingga tidak mampu menjalankan tugas.
Topic Berkaitan
#Ahmad Tarmizi Ismail
#anuar tahir
#hilang ingatan
#media sosial
#Mohd Anuar Tahir
#Pahang
#Parlimen
#Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerja Raya
#Timbalan Menteri Kerja Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan