awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana RM700 juta: Beberapa bekas pemimpin kerajaan akan dipanggil

Sinar Harian
Sinar Harian
04/01/2024
07:30 MYT
Dana RM700 juta: Beberapa bekas pemimpin kerajaan akan dipanggil
Setakat ini SPRM belum memanggil mana-mana bekas pemimpin kerajaan bagi membantu siasatan kes tersebut. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Beberapa bekas pemimpin kerajaan akan dipanggil selepas selesai semakan dokumen berhubung isu membabitkan penggunaan wang sebanyak RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti untuk menghebahkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.
Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, setakat ini tiada lagi mana-mana bekas pemimpin kerajaan dipanggil untuk kes tersebut.
"Mengenai bila (bekas pemimpin) akan dipanggil, itu bergantung kepada kecepatan kami mengumpul semua dokumen berkaitan.
"Dokumen yang diperoleh ini perlu disemak dahulu sebelum tindakan susulan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Mengulas mengenai siapa bekas pemimpin yang akan dipanggil, Hishamuddin berkata, perkara itu masih dalam siasatan dan tidak boleh didedahkan buat masa ini.
Selasa lalu, media melaporkan SPRM telah ke Kementerian Kewangan (MoF) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi proses siasatan dan mengumpulkan maklumat serta mendapatkan dokumen berkaitan.
Siasatan dibuat berdasarkan maklumat awal yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran pada November tahun lalu.
Prabakaran ketika itu meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan dibelanjakan kerajaan untuk kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, media digital serta televisyen sepanjang tahun sejak 2020 hingga kini.
Media sebelum ini juga melaporkan Kerajaan Persekutuan membelanjakan hingga RM700 juta untuk pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dana RM700 juta
#SPRM
#status siasatan
#bekas pemimpin kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan