awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar ASEAN perlu lebih strategik, berpandangan jauh - Mohamad

Luqman Hariz
Luqman Hariz
09/07/2025
04:10 MYT
Dasar ASEAN perlu lebih strategik, berpandangan jauh - Mohamad
Menteri Luar Mohamad berucap pada pembukaan Sesi Plenari Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: ASEAN tidak boleh sekadar menyasarkan kemajuan secara beransur, tetapi berjangka panjang dan berpandangan jauh.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, prinsip ini menjadi lebih penting ketika sistem global seolah-olah diserang dengan kebangkitan nationalisme dan unilateralisme.
“Untuk mengharungi cabaran dalam tahun-tahun mendatang, kita mesti fikir jangka panjang.
“Tidak memadai untuk kita hanya bergerak selangkah demi selangkah. Kita mesti membina landasan dan meletakkan batu asasnya sendiri,” katanya.
Mohamad berkata, landskap semasa yang mencabar menekankan kepentingan konsep Pemusatan ASEAN, di mana semua dasar dan keputusan dibincang serta dilaksanakan bersama melalui kerangka ASEAN.
“Kerja kita mesti bermula sekarang. Semua badan sektoral, institusi, dan mekanisme ASEAN sepatutnya sudah menyelaraskan keutamaan mereka, untuk menyokong keputusan pemimpin kita dan merealisasikan Visi ASEAN 2045,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan Sesi Plenari Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Mesyuarat selama lima hari yang melibatkan pegawai pelbagai peringkat itu dijangka dominasi oleh perbincangan berkenaan tarif timbal balik yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sehari sebelumnya.
Topic Berkaitan
#ASEAN 2025
#AMM
#Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan