awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar baharu wajibkan pendidikan hingga Tingkatan 5 dirangka - Hui Ying

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2023
12:00 MYT
Dasar baharu wajibkan pendidikan hingga Tingkatan 5 dirangka - Hui Ying
Hui Ying menjelaskan, menjadi harapan KPM agar dasar baharu itu dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun mendatang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang merangka dasar baharu yang mewajibkan semua rakyat Malaysia menerima pendidikan sehingga Tingkatan Lima.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying memaklumkan dasar itu bagi memastikan generasi muda mendapat pendidikan yang cukup.
Hui Ying menjelaskan, menjadi harapan KPM agar dasar baharu itu dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
"Ini adalah satu rancangan yang kita rasa memang kita perlu lakukan sebab kita mesti memastikan anak-anak murid mendapatkan pembelajaran yang cukup.
"Sekarang kita memang menghadapi masalah keciciran, jadi ini bukan hanya cakap semata-mata tetapi memang banyak rancangan yang kita perlu buat.
"Jadi dalam beberapa tahun ini kita perlu memastikan ia dijalankan," katanya selepas menyertai sesi jelajah kementerian ke DUN Kinrara di sini, yang turut dihadiri ADUN Kinrara Ng Sze Han.
Untuk melaksanakan hasrat ini, KPM perlu meminda Akta Pendidikan 1996 yang menyatakan tempoh pendidikan wajib adalah selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.
Dalam sesi tersebut, Hui Ying juga memaklumkan KPM memperuntuk RM600,000 bagi membantu lima sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara menaik taraf kemudahan asas.
Peruntukan tersebut adalah bagi kerja-kerja baik pulih termasuk padang sekolah, tandas, bumbung dan siling, pagar, kantin serta laluan pejalan kaki.
Topic Berkaitan
#KPM
#pendidikan wajib
#Lim Hui Ying
#Tingkatan 5
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan