awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Data DNA bantu polis tangkap suspek kes rogol 12 tahun lalu

Bernama
Bernama
08/04/2022
16:28 MYT
Data DNA bantu polis tangkap suspek kes rogol 12 tahun lalu
Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata suspek berumur 40 tahun itu ditahan pada 3.30 petang di sebuah ladang ternakan kambing di Balik Pulau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki semalam bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan di sebuah bengkel di Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang, yang berlaku 12 tahun lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata suspek berumur 40 tahun itu ditahan pada 3.30 petang di sebuah ladang ternakan kambing di Balik Pulau.
Beliau berkata berdasarkan data Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang diambil di lokasi kes rogol 12 tahun lepas, polis telah mengesan identiti suspek.
"Sehubungan itu, satu operasi dilancarkan serta-merta untuk mengesan suspek dan suspek berjaya ditahan serta direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang selama enam hari hingga Rabu depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
"Polis tidak pernah berputus asa dalam usaha mendapatkan maklumat perkembangan kes sehingga berjaya mengenal pasti suspek yang terlibat untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Abd Jalil berkata polis sedang melengkapkan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Pejabat Pendakwa Raya untuk arahan pertuduhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DNA
#kes rogol
#Bukit Aman
#Abd Jalil Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan