KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan datang merayu konon wanita warga Vietnam yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa di sini, ialah orang gajinya.
Itu antara alasan yang diberi lelaki berusia lingkungan 40-an yang datang dari Gombak, Selangor selepas penahanan wanita terbabit oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam serbuan pada Rabu.
Dalam keadaan tergesa-gesa, lelaki itu menunjukkan pasport wanita terbabit kepada pegawai operasi dengan harapan 'orang gajinya' dibebaskan.
Namun, kecekapan petugas operasi bertindak menolak 'permohonan' tersebut sebelum pasport dirampas berikutan alasan yang diberi mencurigakan.
Selain itu, turut dikesan wanita warga asing disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO) yang cuba menyorok di tempat kompresor penyaman udara.
Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, Op Bersepadu Pintas kira-kira jam 9 malam yang turut disertai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bertindak menahan 32 wanita warga asing disyaki GRO berusia lingkungan 18 hingga 40-an.
"Semakan mendapati enam ialah warga China, manakala 26 lagi merupakan warga Vietnam.
"Turut ditahan ialah dua wanita masing-masing warga China dan Vietnam berusia 51 serta 36 tahun yang disyaki sebagai 'mummy selain penahanan seorang lelaki tempatan yang juga pengurus premis'," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, siasatan mendapati rumah kedai yang diubah suai menjadi pusat hiburan itu telah mula aktif sejak Mei lalu.
Katanya, premis yang beroperasi di tingkat satu itu dilengkapi dengan pub dan tiga bilik karaoke.
"Dipercayai GRO yang dikendalikan oleh dua 'mummy' terbabit akan melayan pelanggan berhibur dan minum berdasarkan nilai tip yang diterima," ujarnya.
Tegasnya, kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) akta yang sama serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 05 2023
Seramai 32 wanita warga asing disyaki GRO ditahan dalam serbuan di pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur pada Rabu. -Foto Sinar Harian
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Seorang lagi ditahan disyaki terlibat baling bom petrol ke pusat hiburan
Polis menahan seorang lagi lelaki tempatan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.
Pusat hiburan dibaling bom petrol: Dua lagi individu diberkas
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua suspek diberkas pada Sabtu.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Imigresen Perak gempur pelacur warga asing, 24 ditahan
Serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan yang telah dijalankan oleh Unit Risikan JIM di kesemua lokasi tersebut.
Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu
Seramai 90 PATI ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
Urusan lesen dipermudahkan, tempoh lulus pusat hiburan, kilang, tadika dipendekkan 14 hari
Proses dokumentasi, penilaian teknikal dan tempoh kelulusan 'Lesen Berisiko' seperti pusat hiburan, kilang dan tadika, dipendekkan kepada maksimum 14 hari bekerja berbanding 32 hari sebelum ini.