awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk, ahli sindiket kartel dadah Sabah didakwa dalam masa terdekat - Polis

Bernama
Bernama
19/01/2024
07:11 MYT
Datuk, ahli sindiket kartel dadah Sabah didakwa dalam masa terdekat - Polis
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua sindiket pengedaran dadah bergelar "Datuk" dan beberapa individu lain yang ditahan kerana terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di Sabah akhir Disember tahun lepas, dijangka dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din berkata polis kini sedang melengkapkan siasatan dan sedang mengesan aset lain yang membabitkan milik ahli sindiket terbabit.
"Beberapa akaun (milik ahli sindiket) sudah dibekukan dan kita dalam proses mengesan aset lain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.
Pada 26 Dis, ketua sindiket dadah bergelar Datuk antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang terbesar di negeri itu sejak 2015.
Susulan itu, pada 8 Jan lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata seorang pegawai agensi penguat kuasa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan turut ditahan menjadikan keseluruhan 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua sindiket
#pengedaran dadah
#kartel dadah Sabah
#Mohd Kamaruddin Md Din
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan