IPOH: Seniman Diraja Datuk Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid menerima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize pada majlis Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize Ke-3 yang berlangsung di Guangzhou, China, Jumaat lepas.
Lat yang berusia 72 tahun berkata beliau berasa bangga dengan pengiktirafan oleh jawatankuasa anugerah itu melibatkan beberapa pengkarya terkenal daripada pelbagai cabang kesenian di China.
"Saya bangga kerana kita mewakili negara kita, lagipun hubungan antara China dan Malaysia sekarang sangat baik, kebanyakannya melibatkan perniagaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau yang selamat tiba di Malaysia pada Sabtu lepas berkata buku komik dan kartun yang dihasilkannya sebelum ini telah ditatap luas di merata tempat di luar negara, termasuk China sejak tahun 70-an lagi.
Mengesahkan dirinya juga merupakan peserta tunggal dari luar China dalam majlis anugerah kali ini, Lat turut dipelawa untuk melibatkan diri dalam pemilihan karyawan pada masa hadapan, namun memaklumkan kepada jawatankuasa anugerah itu bahawa beliau tidak begitu aktif pada usianya ketika ini.
Lat berkata beliau juga sempat berbual dengan pelukis komik tersohor China Cai Zhizhong, yang sudah lama menerbitkan buku-buku falsafah China terkenal di negara itu dan peringkat antarabangsa.
Menurut Lat, Cai yang menyampaikan anugerah itu sendiri kepadanya sudah meminati karyanya sejak tahun 70-an lagi.
"Saya duduk dengan dia (Cai) sepanjang masa (pada majlis berkenaan), dia kata, "anda wira saya". Tak salah saya, dia baca buku saya dari dulu tahun 70-an, 80-an lagi.
"Dia beritahu saya dia sukakan karya saya sebab saya melukis mengenai kehidupan berbilang bangsa. Itulah perbezaan saya dengan orang lain, macam saya buat Kampung Boy itu orang Melayu (mengenai), apabila saya buat Town Boy, semua itu mengenai berkenalan dengan orang lain, kaum lain," katanya.
Pada masa sama, Lat berkata beliau juga dapat bertukar koleksi komik Kampung Boy, Town Boy dan lukisannya sebelum ini dengan karya Cai.
Lat berkata buku komik Cai adalah mengenai falsafah berdasarkan kepada cerita lama, cerita rakyat dan cerita legenda yang kemudiannya dihasilkan dalam bentuk mesej falsafah Cina.
"Buku dia (Cai) ringkas tetapi ada mesej, itu yang dia terkenal," katanya.
Sementara itu, dalam surat jemputan pihak jawatankuasa penganjur Cai Zhizhong Comic Prize yang dikongsikan oleh Lat menyatakan gaya karya seni beliau yang unik telah menarik jutaan pembaca dari seluruh dunia, termasuk China.
"Selepas penilaian oleh jawatankuasa pakar, sukacita kami memaklumkan bahawa jawatankuasa memutuskan untuk menganugerahkan Anugerah Cai Zhizhong Prize kepada anda (Datuk Lat).
"Kami berharap anugerah ini mampu menzahirkan penghormatan tertinggi terhadap pencapaian hebat dan dedikasi anda dalam industri komik," menurut surat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2023
Datuk Lat bangga dengan pengiktirafan jawatankuasa anugerah itu yang melibatkan beberapa pengkarya terkenal daripada pelbagai cabang kesenian. - Gambar fail
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Mufti Perak dahului penerima darjah kebesaran, Lat dikurnia watikah gelaran Seniman Diraja
Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengurniakan Watikah Gelaran Seniman Diraja kepada kartunis tersohor negara, Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat.
Datuk Lat syukur terima gelaran Seniman Diraja
Datuk Lat menjadi individu pertama di Perak yang mendapat gelaran Seniman Diraja daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Sultan Perak berkenan rasmi Galeri Rumah Lat
Galeri di Jalan Bemban, Batu Gajah itu menempatkan kesemua hasil karya seni yang dihasilkan Datuk Lat pada sepanjang tempoh kariernya sejak dari tahun 1962.
Wartawan mengajar saya jadi manusia berani, bertanggungjawab - Datuk Lat
Menurut Datuk Lat, kerjaya wartawan disifatkan satu cabaran, kerana mereka perlu mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri demi tugas.
'Kalau dia pegang gitar, jadilah lagu' - Lat kongsi kehebatan Mamat Khalid
Kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Khalid mengambarkan adiknya, Allahyarham Mamat Khalid sebagai seorang yang cukup berbakat.
Keluar album bantu cari dana pusat tahfiz
Pusat Tahfiz Al-Ulya melancarkan sebuah album mini 'Bismillah' sebagai inisiatif pencarian dana bagi menampung keperluan tahfiz berkenaan.
Perpecahan umat Islam merunsingkan - Tokoh Maal Hijrah Perak
Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak 1400H, Ahmad Awang menyifatkan perpecahan di kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia sekarang ini sebagai merunsingkan.
Galak anak-anak untuk terus bergaul, ambil kebaikan dari setiap kaum - Datuk Lat
Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mereka untuk terus bergaul di antara satu sama lain untuk terus memupuk semangat perpaduan di dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Lat: Kartunis berperanan sedarkan rakyat untuk bergurau
Kartunis, Datuk Lat menyeru para kartunis seluruh negara memainkan peranan dalam mengingatkan orang ramai untuk bermesra dan bergurau senda.
Datuk Lat lancar Apa Cerita? oleh Mie
Kartunis terkenal, Datuk Lat hari ini menyempurnakan majlis pelancaran buku Apa Cerita? hasil karya Ahmad Hilmy Abdullah.