awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL anjur 11 program sempena Hari Wilayah Persekutuan

Bernama
Bernama
31/01/2024
09:00 MYT
DBKL anjur 11 program sempena Hari Wilayah Persekutuan
DBKL memaklumkan program berkenaan telah dianjurkan bermula Oktober tahun lepas hingga 14 Julai ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan 11 program sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan, esok.
DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan program berkenaan telah dianjurkan bermula Oktober tahun lepas hingga 14 Julai ini.
Antara program terbabit ialah 1 Suara @ 50 WP yang dianjurkan bermula Oktober lepas hingga sepanjang Februari ini, Teaterikal Gemuruh (23 hingga 25 Feb), Prosperity Walk dan Sambutan Tahun Baharu Cina (24 Feb), Marathon Basikal @GFNY Kuala Lumpur (25 Feb) serta Karnival 50WP 2024 (13 dan 14 Julai).
Menurut kenyataan itu, DBKL telah menghiasi jalan utama di ibu negara seperti Jalan Raja Laut, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail dengan memasang 3,000 gegantung bendera Wilayah Persekutuan.
Sebanyak 1,550 bendera Wilayah Persekutuan turut dipasang pada tiang lampu sekitar ibu kota dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut mengeluarkan surat kepada pemilik bangunan untuk bersama-sama memeriahkan sambutan dengan memasang bendera Wilayah Persekutuan dan bendera Kuala Lumpur di premis mereka.
"Semoga sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2024 disambut gembira oleh seluruh warga kota.
"Semarakkan hari penuh bermakna ini dengan hiasan bendera Wilayah Persekutuan di kediaman masing-masing," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#anjur program
#Hari Wilayah Persekutuan
#pemilik bangunnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan