Skip to main content

Malaysia

DBKL mulakan kerja pembersihan

71356914172_120x90.jpg
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memulakan kerja pembersihan di Jalan Bukit Setiawangsa hari ini.

Ia bagi memastikan kawasan sekitar Bukit Setiawangsa lebih terurus selain membolehkan kerja-kerja memperbaiki cerun berjalan lancar.

DBKL giat menyiapkan peralatan jengkaut sejak 7 malam semalam .

Beberapa kontena besar disediakan di kawasan itu untuk kerja mengangkut tanah serta serpihan dinding konkrit akibat runtuhan tersebut .

Pihak bomba ,  polis dan DBKL mengawal selia kawasan itu 24 jam  bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Kejadian tanah runtuh pada Jumaat malam itu menyebabkan sebuah rumah  banglo di lereng bukit rosak teruk manakala beberapa rumah lain berhampiran mengalami rekahan tanah.

Ekoran itu 106 penghuni rumah banglo, rumah teres dan rumah kedai diarah berpindah.

Advertisement

Must Watch Video