KUALA LUMPUR: Sejumlah 14 tindakan penguatkuasaan dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di premis perniagaan dijalankan warga asing sekitar kawasan Gombak dan Setapak.
DBKL dalam satu kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, tindakan berkenaan meliputi tujuh pengeluaran kompaun dan tujuh tindakan penutupan premis.
"Antara premis yang dikenakan tindakan penguatkuasaan ini adalah kedai perabot, pengurusan perkhidmatan konsultansi, kedai gunting rambut, pusat cuci kereta dan kedai jahit.
"Notis-notis kompaun merangkumi UUK 3(1) dan Seksyen 101 (1)(v) Akta Kerajaan Tempatan, UUK 20 (1)(b) dan Seksyen 101 Akta Kerajaan Tempatan dan Notis Am 46 (1)(d).
"Kesemua aktiviti perniagaan ini dijalankan oleh warga asing dan terdapat juga yang menggunakan kad UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian)," menurut kenyataan itu.
DBKL dalam kenyataan sama turut memaklumkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan itu bermula 19 Januari lalu sehingga 23 Januari dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.
"Tindakan seumpama ini akan berterusan dan warga kota diminta tidak memberikan sokongan terhadap perniagaan dijalankan oleh warga asing yang tidak mempunyai kebenaran," kata DBKL. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 24 2023
Antara premis yang dikenakan tindakan oleh pihak DBKL. - Foto Sinar Harian
Pendigitalan tidak noktahkan ekosistem penerbitan buku fizikal - KP Pendidikan
Inisiatif pendigitalan industri buku tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah sebagai pelengkap dalam memartabatkan industri berkenaan.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
676 tindakan sita barangan penjaja asing sepanjang 2023 - Zaliha
Sebanyak 676 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing telah dilaksanakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur sepanjang 2023, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
DBKL tutup serta-merta pusat hiburan
Premis tersebut dikenakan tindakan di bawah bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.
Sumbangan sempena Ramadan di KL hanya boleh disalur di tiga lokasi - Dr Zaliha
NGO dan orang perseorangan di ibu negara disaran menyalurkan sumbangan atau makanan sempena Ramadan di tiga lokasi yang ditetapkan DBKL.
DBKL arah tutup premis makanan kotor, jijik
DBKL berkata, penutupan premis itu susulan Operasi Sepadu Bersih yang dijalankan sekitar Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bukit Bintang.
DBKL tutup operasi pusat sembelihan ayam tanpa lesen, kotor
Pemeriksaan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar turut mendapati kesemua pekerja yang terdiri daripada warga asing didapati tiada suntikan typhoid serta tiada sijil pengendalian makanan.
KLFA nafi tunggakan gaji empat bulan KL City
KLFA menafikan pihaknya dibelenggu masalah tunggakan gaji pemain dan barisan kejurulatihan KL City, yang didakwa berlarutan sehingga empat bulan.
Tiga premis kotor diarah tutup
Tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah UUK 28(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.
Sikap penyewa antara penyebab isu tunggakan sewa PPR berlarutan
Menurut Masri, kebanyakan penyewa memberi alasan tidak mampu bayar sewa kerana tiada pendapatan tetap meskipun kadarnya hanya RM150 sebulan.
DBKL sita barangan perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa
DBKL menyita barangan perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa dekat sini pada Sabtu kerana menghalang laluan di kawasan awam.
Hampir 2,000 anak Pahang sertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024
Larian bermula di Dataran DBKL kira-kira pukul 7 pagi itu dilepaskan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.