awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL tutup premis pelacuran

Sinar Harian
Sinar Harian
14/06/2024
10:45 MYT
DBKL tutup premis pelacuran
Pekerja rumah urut yang disyaki menawarkan perkhidmatan pelacuran kepada pelanggan.
KUALA LUMPUR: Dua premis tidak berlesen disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di Seputeh disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis.
Menerusi Facebook DBKL memaklumkan, tindakan penutupan serta-merta itu dijalankan di bawah di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Menurutnya, DBKL turut mengeluarkan tujuh kompaun atas pelbagai kesalahan menerusi Operasi Tindakan Khas Pusat Urut di sekitar Parlimen itu.
"Kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 79(1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) dan UUK 20(1)(b) selain UUK Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, UUK 5(1) serta UUk Iklan (WP) 1982.
"Dua premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan sah telah dikenakan tindakan tutup serta-merta dan barangan yang berkaitan dengan perniagaan juga turut disita.
"Kesemua barangan yang disita telah dihantar dan disimpan di stor Jalan Lombong, Cheras, Kuala Lumpur," menurut perkongsian di Facebook pada Jumaat.
Ujar kenyataan itu, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DBKL
#pusat pelacuran
#seputeh
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan