awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKU nafi peniaga bakal tidak dibenarkan beroperasi di Tebingan Kuching

Bernama
Bernama
01/03/2020
20:53 MYT
DBKU nafi peniaga bakal tidak dibenarkan beroperasi di Tebingan Kuching
Terdapat sekitar 60 peniaga berdaftar di Tebingan Kuching dan DBKU sentiasa memantau kawasan itu bagi mengelakkan peniaga haram. - Bernama
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pihaknya merancang untuk tidak membenarkan peniaga beroperasi di Tebingan Kuching mulai bulan ini bagi menjaga kebersihan kawasan pelancongan terbabit.
Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Junaidi Reduan berkata DBKU tidak pernah membuat keputusan sedemikian dalam perancangannya untuk menambah baik persekitaran tebingan itu.
"Kami sedang melihat pelan keseluruhan kawasan ini namun ini tidak bermakna kami akan menghalau mereka (peniaga) dari kawasan ini," katanya pada acara "Plogging WalkAbout With Mayor" anjuran DBKU dan Trienekens Sdn Bhd di Tebingan Kuching, di sini.
Menurutnya, DBKU setakat ini hanya memutuskan untuk mengindahkan lagi Tebingan Kuching supaya dapat mengembalikan kegemilangannya sebagai ikon pelancongan bandar raya ini dan dakwaan akan menghalau peniaga dari situ hanyalah khabar angin semata-mata.
Katanya, kini terdapat sekitar 60 peniaga berdaftar di Tebingan Kuching dan DBKU sentiasa memantau kawasan itu bagi mengelakkan peniaga haram bertapak di situ.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKU
#Dewan Bandaraya Kuching Utara
#kuching waterfront
#peniaga
#penjaja
#Tebingan Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan