KUALA LUMPUR: Majlis Kayu-Kayan Malaysia atau Malaysian Timber Council (MTC) memperkenalkan Pertandingan Debat Intervarsiti yang julung kali diadakan dengan tujuan menarik minat pelajar universiti untuk meningkatkan kesedaran tentang kayu, alam sekitar dan isu kemampanan.
Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Noraihan Abdul Rahman berkata matlamat itu tidak terhad pada pertandingan semata-mata tetapi juga untuk memberi inspirasi kepada generasi muda dan masyarakat dalam mewujudkan masa depan yang lebih mampan.
“Debat ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar mengenai isu kelestarian dan alam sekitar.
“Dalam tempoh tiga hari lepas, kami telah menyaksikan 16 pasukan daripada 11 universiti berbahas secara teliti dan merangsang pemikiran melalui usul yang dibentangkan.
“Kami berharap pertandingan ini dapat membantu pelajar-pelajar untuk mendapat persepsi yang betul tentang industri perkayuan serta pengurusan hutan secara mampan,” katanya Ketika ditemui selepas tamat acara.
Debat ini mendapat kerjasama strategik Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) dan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Ia membawa tema "Penggunaan Kayu dan Kesannya terhadap Alam Sekitar" di mana peserta berpeluang untuk meneroka kelebihan dan cabaran yang berkaitan dengan sumber kayu dan alam sekitar.
Universiti Malaya muncul sebagai pemenang utama membawa hadiah wang tunai RM10,000, manakala tempat kedua disandang Universiti Teknologi MARA. Hadiah tunai berjumlah RM26,000 telah disumbangkan oleh MTC untuk pertandingan ini.
Madiha Abdullah
Tue Dec 05 2023
Debat itu diharapkan memberi inspirasi kepada generasi muda dan masyarakat dalam mewujudkan masa depan yang lebih mampan.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Industri perkayuan Malaysia dijangka meningkat tahun ini - Johari
Industri kayu dan produk kayu dijangka meningkat tahun ini berikutan unjuran pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik, iaitu destinasi utama bagi eksport perabot Malaysia.
Debat Intervarsiti MTC galak teroka kegunaan, kepentingan kayu
Debat itu diharapkan memberi inspirasi kepada generasi muda dan masyarakat dalam mewujudkan masa depan yang lebih mampan.
Batal pendaftaran: MOTAC akan bertemu MTC
MOTAC akan mengadakan pertemuan bersama MTC, berhubung pembatalan pendaftarannya oleh RoS dalam masa terdekat.
Batal pendaftaran, Sekretariat MTC berhasrat jumpa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
MTC berharap dapat diberi peluang untuk bertemu dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dalam masa terdekat, berhubung pembatalan pendaftarannya oleh RoS.
ROS batal pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia
Menurut Noorzaleha, pembatalan itu dibuat selepas MTC didapati dengan sengaja melakukan kesalahan bertentangan Akta Pertubuhan 1966.
MATRADE, MTC teraju sesi padanan perniagaan, catat nilai eksport RM147 juta
Prestasi itu dicatatkan daripada 773 mesyuarat perniagaan yang diadakan sempena Ekspo Kayu Malaysia (MWE) 2023 pada 19 Jun, 2023.
MATRADE sasar hasil eksport MTC meningkat RM5 bilion menjelang 2025
MATRADE menyasarkan peningkatan hasil eksport terkumpul sebanyak RM5 bilion menjelang 2025.
Permintaan tinggi untuk kayu di sebalik ketidaktentuan ekonomi global
Jumlah perdagangan kayu dan produk kayu Malaysia meningkat sebanyak 10.1 peratus kepada RM8.69 bilion pada suku pertama 2022 daripada RM7.89 bilion dalam tempoh yang sama pada 2021.
KPPK runding pengecualian dapatkan 20,000 pekerja asing - Khairuddin
Mohd Khairuddin berkata ini penting berdasarkan sektor perladangan dan komoditi adalah kelompok terbesar yang bergantung kepada pekerja asing.
COVID-19: ATM tubuh MTC di Penjara Kepayan
Ismail Sabri Yaakob berkata, MTC di dalam kawasan penjara itu bertujuan untuk dijadikan pusat rawatan atau tempat pengasingan pesakit yang dijangkiti COVID-19.