awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Delegasi Parlimen Malaysia adakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Perancis, Kesatuan Eropah

Bernama
Bernama
15/07/2023
09:48 MYT
Delegasi Parlimen Malaysia adakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Perancis, Kesatuan Eropah
Johari Abdul telah mengetuai delegasi Ahli Parlimen Malaysia ke Dewan Perhimpunan Kebangsaan dan Senat Perancis serta Mesyuarat Antara Parlimen Kesatuan Eropah-Malaysia yang dianjurkan oleh Parlimen Eropah pada 11-13 Julai lepas. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul telah mengetuai delegasi Ahli Parlimen Malaysia ke Dewan Perhimpunan Kebangsaan dan Senat Perancis serta Mesyuarat Antara Parlimen Kesatuan Eropah-Malaysia yang dianjurkan oleh Parlimen Eropah pada 11-13 Julai lepas.
"Malaysia dan Kesatuan Eropah berkongsi matlamat yang sama dalam memastikan kesejahteraan rakyatnya.
"Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia menghargai hubungan rapatnya dengan Kesatuan Eropah dalam menegakkan nilai kebebasan, kesaksamaan dan keamanan, serta melindungi demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang.
"Sememangnya, lawatan delegasi Parlimen Malaysia ke Parlimen Eropah adalah manifestasi hasrat kedua-dua pihak untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Kesatuan Eropah," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen negara yang turut serta dalam lawatan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa Wong Chen, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Datuk Jonathan Yasin dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi Yusuf Abdul Wahab.
Kenyataan itu memaklumkan Johari juga mengetuai delegasi Malaysia ke Strasbourg dalam Mesyuarat Antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Eropah yang dipengerusikan Pengerusi Delegasi untuk Hubungan bersama Negara-Negara Asia Tenggara dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (DASE) Danial Caspary.
"Malaysia telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dan berkongsi idea serta teknologi bersama Kesatuan Eropah.
"Ini juga akan membuka peluang untuk generasi muda untuk didedahkan dengan teknologi baharu melalui program pemindahan teknologi.
"Perbincangan tersebut juga telah menyentuh jalinan kerjasama yang lebih mendalam bersama Kesatuan Eropah untuk memperkembangkan pelaburan perdangangan bersama ASEAN untuk membangun dan mencapai matlamat bersama," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johari Abdul
#Kesatuan Eropah
#Ahli Parlimen Malaysi
#Dewan Perhimpunan Kebangsaan dan Senat Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan