awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demam kepialu: Sebuah sekolah di Kelantan diarah jalani saringan

Sinar Harian
Sinar Harian
04/07/2024
05:50 MYT
Demam kepialu: Sebuah sekolah di Kelantan diarah jalani saringan
Dr Zaini berkata, ia susulan lima pelajar di sebuah sekolah menengah di sini telah disahkan terkena jangkitan itu.
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan seramai 1,000 orang termasuk pelajar sebuah sekolah menengah di sini, menjalani ujian saringan tifoid atau demam kepialu.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, ia susulan lima pelajar di sebuah sekolah menengah di sini telah disahkan terkena jangkitan itu.
"Saringan itu melibatkan pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun dan juga kakitangan sekolah.
"Ujian saringan tifoid itu dijalankan oleh kakitangan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) selama tiga hari yang bermula Rabu.
"Usaha ini adalah untuk mengawal jangkitan daripada menular dan setakat ini kes terkawal," katanya.
Menurut beliau, ujian saringan ini juga bagi memastikan pelajar dan kakitangan sekolah terbabit bebas daripada terkena jangkitan tifoid.
Dr Zaini menasihatkan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga kesihatan diri bagi mengelakkan sebarangan jangkitan yang serius termasuk tifoid.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan sebuah sekolah menengah di Kota Bharu gempar apabila pelajarnya silih berganti diserang penyakit demam kepialu sejak minggu lalu.
Seorang ibu kepada pelajar di sekolah berkenaan yang enggan di kenali berkata, penyakit mula dikesan dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha lalu.
Menurutnya, sebelum ini ada beberapa pelajar asrama telah terkena jangkitan tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#demam kepialu
#sekolah berasrama
#Kelantan
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan