AMSTERDAM/BERLIN/PARIS: Masyarakat di seluruh Eropah terus menyatakan solidariti mereka terhadap Palestin dan mengutuk serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Walaupun hujan, kira-kira 2,000 orang berkumpul di Amsterdam, Belanda sambil membawa bendera Palestin dan melaungkan slogan "from the river to the sea", "Palestine will be free," "ceasefire now," dan "stop genocide in Palestine".
"Di Poland, ratusan orang berhimpun di Warsaw sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza dengan slogan yang menekankan mengenai pembunuhan kanak-kanak dan orang awam oleh Israel.
Sementara itu, perarakan besar-besaran berlangsung di Vienna, ibu negara Austria, menuntut penamatan pendudukan Israel di Semenanjung Gaza.Di Jerman, ratusan orang mengadakan protes pro-Palestin di Berlin.
Perarakan sekumpulan doktor menarik perhatian apabila mereka berarak sambil menutup mulut sebagai simbolik membantah pengeboman hospital di Gaza dan pembunuhan orang awam.
Beribu-ribu lagi peserta berkumpul di Dataran Parc Des Cropettes di Geneva, Switzerland.
Cuaca sejuk tidak menghalang mereka untuk berarak ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bandar itu.
Sementara itu di Perancis, ribuan orang berkumpul tanpa menghiraukan cuaca sejuk dan hujan.
Di seluruh negara, demonstrasi berasingan dianjurkan di pelbagai bandar, termasuk Rennes, Clermont-Ferrand dan Toulouse.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023
Masyarakat di seluruh Eropah terus menyatakan solidariti mereka terhadap Palestin dan mengutuk serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza. - Gambar fail
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan
Cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat di sini, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada pagi Ahad.
Hannah Yeoh ucap tahniah pelantikan Nicol David sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nicol David atas pelantikan ratu skuasy negara itu sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia.
Serangan udara Israel bunuh 20 orang, cederakan puluhan awam di tengah Gaza
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat.
Fahmi kecam tindakan mengugut Teresa Kok
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan menerima surat ancaman dan dua peluru.
Fahmi mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya cukup memalukan.
"Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat," jelasnya.
Fahmi mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya cukup memalukan.
"Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat," jelasnya.
OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.
Negara pesat membangun Asia Tengah berpotensi jadi rakan kerjasama strategik Malaysia - PM Anwar
Jaringan dengan negara-negara yang sedang pesat membangunkan itu amat penting dalam keadaan dunia yang tidak menentu hari ini.
Eksport mi segera Korea Selatan lepasi AS$100 juta buat julung kali dalam April - Kastam
Eksport mi segera atau "ramyeon" dalam Bahasa Korea mencecah AS$108.6 juta pada April, naik 46.8 peratus dari setahun sebelumnya.
Wai Ching takluk Menara Naza
Pelari menara nombor satu dunia itu jelas berada dalam kelas tersendiri sejak di awal saingan sebelum berjaya menawan menara setinggi 49 tingkat berkenaan.
Lebih 17,000 warga emas meninggal dunia sendirian di rumah
Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia di rumah di seluruh negara itu.
AWANI Ringkas: Menteri ingatkan jangan ambil tindakan ekstrem
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis Indonesia izinkan pihak tidak puas hati hasil Pemilu 2024 turun ke jalanan
Keizinan itu bagaimanapun dengan syarat tegas iaitu protes yang dibuat tidak libatkan kekasaran, merosak harta benda awam atau aksi ganas.
10,000 sertai demonstrasi untuk Gaza di Belgium
Kumpulan besar penunjuk perasaan ini berkumpul di hadapan stesen kereta api Brussels-Utara dan berarak ke dataran Place Jean Rey.
Demonstrasi bantah serangan Israel di Gaza diadakan di seluruh Eropah
Masyarakat di seluruh Eropah terus menyatakan solidariti mereka terhadap Palestin dan mengutuk serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza.
14 maut letupan kilang bunga api
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam letupan di dua kilang membuat mercun di Tamil Nadu, India pada Selasa.
Jangan cemarkan perayaan Hari Malaysia dengan demonstrasi
Mustapha berkata sambutan Hari Malaysia pada tahun ini amat bermakna kerana negara bakal menyambut 60 tahun pembentukan Malaysia.
PM Sweden bimbang demonstrasi berterusan bakar al-Quran
Serangan ke atas al-Quran di Sweden dan Denmark telah menyinggung banyak negara Islam termasuk Turki.
Kastam Malaysia, Indonesia lancar operasi 'Joint Task Force on Narcotics 2023'
JKDM dan DDJBC hari ini melancarkan operasi JTF 2023 untuk membanteras pengedaran dadah rentas sempadan.
Kalimah Allah: Usah terlibat demonstrasi - Polis
Penganjur dan masyarakat diingat supaya tidak terlibat dalam demonstrasi membantah penarikan rayuan kes kalimah Allah di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Jumaat.
"Masa jadi PM ke-4, saya tidak halang Anwar buat demonstrasi setiap minggu" - Tun M
Dr Mahathir dakwa, kerajaan hari ini takut untuk mendengar suara orang Melayu.
Ribuan penduduk Afrika Selatan berarak gesa presiden letak jawatan
Beribu-ribu penyokong pembangkang di Afrika Selatan berarak di jalan raya pada Isnin menuntut Presiden Cyril Ramaphosa meletak jawatan.