awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Denda RM3,000 jika buang sampah di Perlis

Bernama
Bernama
26/07/2019
09:48 MYT
Denda RM3,000 jika buang sampah di Perlis
Sesiapa yang buang sampah merata-rata di Perlis akan dikenakan denda sebanyak RM3,000. - Gamba hiasan
Kerajaan Perlis akan menguatkuasakan denda RM3,000 bagi kesalahan membuang sampah merata-rata di negeri ini dalam tempoh terdekat, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Azizan Sulaiman.
Beliau berkata, penguatkuasaan itu akan dilaksanakan bersama oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar.
"Denda dikenakan itu diharap menjadi pengajaran kepada pesalah supaya menghargai kepentingan ekosistem dan alam sekitar," katanya semasa melancarkan kempen #JanganlahBuang anjuran SWCorp di sini, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan Perlis, Hasbullah Abd Rashid dan Pengarah SWCorp Perlis, Mohd Hidy Md Dzahir.
Azizan berkata, kempen itu menyasarkan pengguna jalan raya dengan mendidik mereka supaya tidak membuang sampah daripada kenderaan kerana ia akan memasuki longkang dan sungai yang akhirnya terurai menjadi komponen air larut resap dan menyebabkan berlaku pencemaran air.
Sebanyak 300 unit pelekat gantung kenderaan #JanganlahBuang serta risalah larangan pembuangan sisa pepejal daripada kenderaan diedarkan oleh SWCorp kepada pengguna jalan raya.
Azizan berharap usaha dilaksanakan itu dapat mengubah minda orang ramai bagi mencapai tahap negara maju yang mementingkan kebersihan alam sekitar. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#buang sampah
#denda
#Denda RM3 000
#jika buang sampah di Perlis
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan