awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dengar bunyi dentuman dua kali sebelum lihat pesawat TUDM terbakar - Saksi

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
16/11/2021
20:54 MYT
Dengar bunyi dentuman dua kali sebelum lihat pesawat TUDM terbakar - Saksi
MASTURA: Saya dengar bunyi agak pelik berbanding kebiasaan ketika pesawat masih di udara kerana sudah biasa dengan bunyi pesawat. -Astro AWANI
BUTTERWORTH: "Letupan kuat dua kali sebelum ternampak api marak dalam kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth."
Demikian perkongsian Mastura Mohamad Nordin, 44, dari Kampung Benggali, Sungai Puyu, Butterworth yang melihat kejadian pesawat Hawk MK108 milik TUDM terhempas.
Menurut Mastura, ketika kejadian, dia sedang berniaga di kedai makan miliknya yang terletak kira-kira 100 meter dari pangkalan udara itu.
Katanya, dia sedang mengemas gerai masakan tomyam yang diusahakannya untuk pulang ke rumah yang terletak berdekatan.
"Saya dengar bunyi agak pelik berbanding kebiasaan ketika pesawat masih di udara kerana sudah biasa dengan bunyi pesawat.
"Ketika ia hampir mendarat, saya terdengar dua dentuman yang sangat kuat sebelum melihat api marak ketika terhempas," kata ibu kepada tiga cahaya mata itu ketika ditemui malam tadi.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth.
BACA: Pesawat pejuang TUDM terhempas: Juruterbang cedera berada dalam keadaan stabil
TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan nahas pada jam 10.07 malam itu melibatkan sebuah pesawat pejuang jenis Hawk MK108.
Dua juruterbang yang terlibat di dalam nahas pesawat Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth malam tadi berpangkat Mejar dan Kapten.
Mangsa yang terkorban ialah Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala yang cedera ialah Mejar Mohd Fareez Omar.
Topic Berkaitan
#Pesawat TUDM terhempas
#Mastura Mohamad Nordin
#Hawk MK108
#Mohamad Affendi Bustamy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan