awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KESUMA, Johor perkukuh kerjasama pembangunan bakat belia
Washington kenakan sekatan ke atas pembantu Khamenei, tuduh terlibat kekerasan terhadap penunjuk perasaan
Eropah hantar tentera ketika Trump berkeras mahu kuasai Greenland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deposit dalam TH akan diuruskan dengan lebih baik - Dr Mahathir

Bernama
Bernama
19/04/2019
12:14 MYT
Deposit dalam TH akan diuruskan dengan lebih baik - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata bagi memastikan orang ramai terus menyimpan wang dalam TH, kerajaan akan membayar dividen kepada pendeposit menggunakan hasil dari pelaburan yang dibuatnya. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kepada pendeposit Tabung Haji (TH) bahawa wang deposit mereka akan diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Beliau berkata TH diuruskan dengan buruk bertahun-tahun lamanya sebelum ini, yang mengakibatkan ia tidak memperoleh banyak keuntungan.
"Sebenarnya mereka tidak membuat sebarang keuntungan, jadi mereka ambil deposit dan menggunakannya sebagai dividen, jadi ramai yang simpan duit mereka di sana kerana mereka lihat banyak pulangan daripada pelaburan.
"Ini tidak boleh diteruskan selamanya," katanya pada persidangan media di Yayasan Al Bukhary di sini hari ini.
BACA: TH tak wajib beri hibah, berbeza dengan dividen - Perunding kewangan
Dr Mahathir berkata bagi memastikan orang ramai terus menyimpan wang mereka dalam TH, kerajaan akan membayar dividen kepada pendeposit menggunakan hasil dari pelaburan yang dibuatnya, walaupun jumlahnya mungkin kecil.
"Ini bermakna mereka yang berhasrat menunaikan haji, akan masih sanggup menyimpan (dalam TH) kerana ia akan diuruskan dengan baik, bukan seperti sebelum ini apabila deposit mereka digunakan untuk jadi subsidi belanja menunaikan haji, dan juga untuk mengumumkan dividen," katanya.
BACA: Langkah pemulihan TH membuahkan hasil - Mujahid
Awal bulan ini TH mengumumkan agihan dividen 2018 pada kadar 1.25 peratus, kadar paling rendah dalam sejarah penubuhannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dividen
#hibah
#jaminan
#kerajaan
#keuntungan
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#pelaburan
#pendeposit
#subsidi
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan