IPOH: Hidup dalam rumah yang dipenuhi sampah sarap termasuk takungan najis bertahun lamanya.
Siapa sangka dua beranak ini hidup di tempat yang tidak layak dihuni oleh manusia, diburukkan lagi dengan air yang melimpah di sepanjang ruang masuknya.
Keadaan semasa memaksa Erwan Dahari, 46, berhenti kerja untuk menjaga ibunya Miram Kadir, 77, yang uzur.
Malah, Erwan sendiri mengakui sebelum ini dirinya ada menerima rawatan untuk stres atau tekanan jiwa dan boleh dikategori sebagai orang kurang upaya (OKU) mental.
Anak kedua daripada tiga beradik ini menjelaskan, sehingga kini dia dan ibu hanya bergantung kepada bantuan Baitulmal RM300 setiap bulan, namun tidak mencukupi kerana perlu membayar sewa rumah RM250.
"Kami berdua sudah menetap di sini selama tujuh tahun, sebelum ini saya ada kerja di kilang berdekatan tetapi terpaksa berhenti sebab mak sakit tua dan sekarang sudah agak nyanyuk.
"Memang ada juga kakak dan adik perempuan bantu, tetapi mereka pun bukan orang senang. Kakak di Klang dan adik di Ipoh. Mereka ada datang dan bersihkan rumah ini sekali sekala.
"Memang ada cakap-cakap dari orang ramai yang suruh saya hantar mak ke rumah orang orang tua, tetapi selagi saya ada, saya akan jaga mak walau susah macam mana pun.
"Selain Baitulmal dan jiran berdekatan yang selalu hantar makanan, memang tiada dapat bantuan apa-apa, terus terang cakap kalau ikutkan hati saya memang tidak mampu untuk teruskan hidup," katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Taman Silibin, di sini.
Bagi sesiapa sahaja yang memasuki rumah ini pasti mengakui ia sangat daif untuk didiami, apatah lagi oleh warga emas yang tidur tanpa beralaskan tilam, bantal serta selimut ketika cuaca sejuk.
Ditambah pula air hujan yang tempias memasuki rumah, susulan banyak tingkap dan siling yang sudah uzur dimakan zaman.
"Bantuan Baitulmal RM300 itu tidak cukup sebab nak bayar sewa, elektrik dan air, kadang-kadang hendak beli makan memang tiada, jiran yang bantu bagi makanan.
"Rumah ini memang sudah sangat teruk, tandasnya sudah tersumbat, air pun sudah sampai melimpah dalam rumah.
"Sampah sarap ini memang saya ada bersihkan tetapi dalam keadaan saya yang sebegini (berada dalam tekanan) saya tidak mampu, di samping perlu menjaga mak.
"Saya takut jadi tertekan macam dulu dan sakit datang balik, saya tidak boleh kalau fikir banyak masalah," jelasnya.
Dalam meneruskan kehidupan, tiada apa yang diharapkan Erwan melainkan sebuah rumah atau tempat berteduh yang lebih selesa untuk mereka berdua.
"Kalau boleh saya memang mahukan tempat yang lebih baik, untuk keselesaan mak juga.
"Saya memang ada fikir cari rumah lain, tetapi dengan keadaan saya sakit dan tidak bekerja macam mana hendak menyewa, memang terpaksa juga duduk sini," katanya lagi.
Salah seorang jiran dikenali sebagai Ina memberitahu dua beranak itu memang disenangi penduduk setempat dan tidak pernah membuat sebarang masalah.
"Mereka berdua memang selalu tegur dan baik. Saya dapat tahu dari salah seorang jiran di sini juga tentang keadaan mereka.
"Sebak juga bila dapat masuk hari ini dan lihat sendiri keadaan rumah yang begitu daif, harap ada bantuan untuk opah dan anaknya," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Puteri Kebajikan Negeri Perak, Wan Noorashikin Noran yang berkunjung ke kediaman dua beranak itu untuk menyampaikan bantuan berkata, beliau mendapat maklumat berhubung perkara itu daripada seorang penduduk di penempatan itu.
"Dengan keadaan rumah opah itu, saya rasa masalah disebabkan anaknya (Erwan) yang tidak sihat. Kita perlu bantu dapatkan tempat tinggal selesa untuk mereka.
"Saya dapat panggilan daripada jiran di sini yang memaklumkan opah memerlukan lampin pakai buang dan kain batik.
"Bila saya lihat gambar rumah yang dihantar itu nampak sangat daif, bagaimanapun ketika datang sendiri hari ini memang sangat terkejut lihat keadaan dalam rumahnya sampai tiada tempat untuk duduk dan tidur.
"Kita cuba gerakkan usaha awal untuk beri makanan dan pakaian untuk opah, selain itu saya akan cuba mohon bantuan berkaitan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini," katanya.
Sebarang maklumat lanjut atau bantuan untuk dua beranak ini boleh hubungi Wan Noorashikin di talian 012-5092557.
Sementara itu, penderitaan dua beranak terbabit mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak.
Selain itu, wakil badan bukan kerajaan (NGO) turut mengerakkan usaha awal dengan mencari rumah sewa baharu buat ibu dan anak itu.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Puteri Kebajikan Negeri Perak, Wan Noorashikin Noran, pihaknya ada menerima panggilan dari JKM yang mahu mengadakan lawatan dan ziarah ke rumah dua beranak itu pada Rabu.
Wan Noorashikin memberitahu, wakil JKM turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM300 dan kelengkapan seperti lampin pakai buang, tilam, kain serta selimut.
"Saya ada menerima panggilan dari JKM yang mahu melihat keadaan dua beranak itu.
"Pihak JKM juga ada minta bantuan saya supaya isi borang berkaitan bantuan kepada warga emas iaitu opah.
"Kami juga sedang cari rumah sewa baharu di sekitar Ipoh dan untuk bayaran bulanan saya akan ajukan kepada pihak Baitulmal untuk bantuan, mereka boleh bantu.
"Bila berpindah di rumah baharu nanti, kita akan tolong pantau apa yang patut untuk pastikan kebersihan dan keadaan mereka tidak berulang seperti sekarang.
"JKM ada maklumkan yang anak lelaki kepada warga emas itu memang ada depresi dan kurang sihat, kita kena rujuk pada yang pakar," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Beliau merupakan individu yang mengetengahkan isu dua beranak tersebut setelah mendapat aduan dari jiran di flat tersebut.
Jelasnya lagi, sehingga kini dia ada menerima panggilan daripada beberapa individu yang mendapat tahu perkara itu di media sosial.
"Ada netizen di Facebook yang bertanyakan bagaimana cara untuk mereka bantu ibu dan anak ini dan apa jenis bantuan yang diperlukan," katanya.
Astro AWANI telah pun mengajukan masalah ini kepada pihak Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan Koperasi, Datuk Salbiah Mohamed untuk tindakan lanjut.
Aida Aziz
Wed Jan 17 2024
Erwan Dahari terpaksa berhenti kerja untuk menjaga ibunya Miram Kadir, 77, yang uzur. Dua beranak itu tiada pilhan selain hidup dalam rumah yang penuh dengan sampah dan najis. - Gambar Astro AWANI
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Dua beranak maut nahas di Bandar Baharu
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard yang dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan lori.
Lady, Grouse bantu cari dua beranak dikhuatiri lemas ketika menjala
'Lady' dan 'Grouse' daripada jenis Labrador Retriever serta English Springer Spaniel sebelum ini pernah terlibat dalam operasi tragedi tanah runtuh Batang Kali di Selangor.
Lima termasuk dua beranak didakwa edar 24.2 kg dadah
Lima individu termasuk dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mengedar 24.2 kilogram (kg) dadah pada awal Januari 2024.
Dua beranak hidup dalam sampah, najis: Opah sudah terbela, nasib Erwan jadi tanda tanya
Erwan bertegas untuk terus duduk di rumah sama kerana terlalu sayangkan kucing-kucing yang menjadi teman setianya sejak dulu.
JKM salur bantuan segera kepada dua beranak hidup dalam sampah, najis di Ipoh
Skim Bantuan Am Negeri berjumlah RM400 akan diberikan kepada Erwan Dahari, serta skim Bantuan Warga Emas RM500 kepada ibunya Miram Kadir.
Derita dua beranak hidup dalam sampah, najis
Selama tujuh tahun, Erwan dan ibunya tinggal Flat Taman Silibin dalam persekitaran yang terlalu daif, kotor dan tidak sihat.
Luang masa lapang beri bantuan percuma kepada pengguna Jalan Raya Timur Barat
Dua beranak kendalikan lebih 20 kerja menyelamat antaranya melibatkan kemalangan, tayar pancit dan pokok tumbang di sepanjang laluan.
Kereta dihempap pokok tumbang, dua cedera ringan
Dua beranak berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Laluan Lapangan Permata 1, Taman Song Choon hari ini.
Dua beranak bebas tuduhan edar dadah, terlepas tali gantung
Dua beranak dibebaskan daripada pertuduhan mengedar 280.7 gram dadah jenis kanabis, oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh hari ini.
Dua beranak antara tujuh ditahan edar dadah
Dua beranak antara tujuh individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dalam beberapa serbuan di sekitar bandar raya ini pada 3 dan 4 Nov lepas.