awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Detik cemas kereta dilarikan dengan budak empat tahun di dalamnya

Bernama
Bernama
12/10/2015
09:47 MYT
Detik cemas kereta dilarikan dengan budak empat tahun di dalamnya
Suspek lelaki itu secara tiba-tiba membuka pintu hadapan dan melarikan kereta mangsa dengan anak saudara wanita berkenaan di dalamnya. -Gambar hiasan
Seorang lelaki melarikan sebuah kereta jenis Myvi di hadapan sebuah pasar raya di Bandar Penawar dekat sini, dengan seorang budak lelaki berusia empat tahun di dalamnya, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kejadian kira-kira 1 tengah hari itu berlaku ketika mangsa wanita berusia 21 tahun sedang memunggah barang ke kereta yang enjinnya masih hidup.
Menurutnya, suspek lelaki yang berbadan kurus dan memakai cermin mata secara tiba-tiba membuka pintu hadapan dan melarikan kereta mangsa dengan anak saudara wanita berkenaan di dalamnya.
"Bagaimanapun suspek kemudiannya menurunkan dan meninggalkan kanak-kanak itu di simpang tiga berhampiran stesen minyak Petronas Bandar Penawar di sini.
"Beberapa penunggang motosikal yang berada berhampiran tempat kejadian turut membantu mengejar suspek selepas mendengar jeritan mangsa," kata beliau.
Rahmat berkata suspek kemudiannya dikejar sehingga ke kawasan ladang kelapa sawit di Felda Adela namun berjaya melarikan diri di dalam kebun dan menghilangkan diri," katanya.
Selain itu, menurut Rahmat, dua penunggang motosikal turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Penawar selepas terjatuh akibat dihimpit suspek semasa mereka mengejarnya.
"Kenderaan mangsa yang dilarikan juga telah dijumpai di tepi jalan Felda Adela dan telah dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjutnya," katanya.
Topic Berkaitan
#Felda Adela
#Kanak-kanak
#Myvi
#petronas bandar penawar
#Rahmat Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan