awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Detik mencabar Muhyiddin tangani pandemik dibukukan

Bernama
Bernama
29/07/2022
15:37 MYT
Detik mencabar Muhyiddin tangani pandemik dibukukan
Buku biografi itu mengabadikan detik mencabar dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengambil alih tampuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri kelapan ketika pandemik COVID-19 melanda. - Foto Facebook/Muhyiddin Yassin
PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun hari ini melancarkan buku bertajuk "Muhyiddin Yassin: Leading A Nation In Unprecedented Crisis" tulisan bekas Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Abdul Mutalib Razak.
Buku biografi itu mengabadikan detik mencabar dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengambil alih tampuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri kelapan ketika pandemik COVID-19 melanda.
Abdul Mutalib berkata antara kandungan buku itu ialah cabaran yang dihadapi Muhyiddin dan Kabinetnya terutama ketika seluruh dunia belum memahami sepenuhnya impak COVID-19.
Katanya buku itu turut mengupas cabaran mendepani pandemik COVID-19 termasuk usaha mendapatkan vaksin, kesan terhadap ekonomi akibat pandemik dan kemelut politik yang dihadapi Muhyiddin.
"Ketika saya mula mengumpul pasukan editorial untuk buku ini pada Jun 2020, ia adalah berdasarkan catatan peristiwa secara langsung, tetapi kemudiannya krisis ini menjadi begitu besar dari pelbagai sudut, mengambil masa yang lama untuk menghasilkan biografi selengkap ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku tersebut.
Turut hadir Muhyiddin serta isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#detik mencabar
#Buku
#biografi
#Perdana Menteri kelapan
#Pandemik COVID-19
#Azhar Azizan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan