KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih menyeluruh kepada kanak-kanak seterusnya membanteras jenayah seksual kepada golongan terbabit, diluluskan di Dewan Negara, hari ini.
Ia diluluskan tanpa pindaan dengan lebih suara bersetuju selepas dibentang untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dengan dibahaskan 10 Senator.
Menurut Azalina pindaan yang dilakukan itu mengambil kira kes jenayah yang begitu sofistikated, seiring kemajuan teknologi dan memerlukan pindaan kepada takrifan atau interpretasi jenayah itu diperluaskan.
"Mungkin ada yang beranggapan hukumannnya (dalam pindaan) kecil dan tak banyak... tetapi apabila pendakwa raya menuduh mana-mana pihak, contohnya dalam Seksyen 5 membuat (bahan penganiayaan seksual), menghasil, mengarahkan perbuatan penghasilan...ia akan berantai.
Bukannya satu seksyen tidak boleh pergi ke seksyen lain...kalau campur boleh jadi 100 tahun (hukuman penjara), 'membuat' sahaja hukumannya dah 30 tahun, kemudian dituduh buat persediaan untuk hasilkan, tambah 10 tahun.
Menggunakan kanak-kanak kena lagi 20 tahun, dia tukar-tukar pula (kandungan) kena lagi 15 tahun, dia jual pula...lagi 15 tahun... jadi jangan khuatir kata hukumannya rendah," katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu.
Bagaimanapun Azalina berkata pada masa yang sama, terdapat aspek negatif apabila hukuman dikenakan terlalu berat dan lama kepada pesalah khususnya apabila ia melibatkan anggota keluarga mangsa kerana ia boleh mendatangkan kemungkinan kes itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Selain itu, dalam usaha untuk mengatasi jenayah seksual kanak-kanak, Azalina berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama syarikat telekomunikasi (telco) juga boleh memainkan peranan dengan memantau serta menurunkan kandungan-kandungan pornografi yang terdapat dalam talian.
"Kalau di negara barat mereka ada tanggungjawab untuk pantau, turunkan atau buang kandungan pornografi... tetapi kalau syarikat telco hendak buat duit daripada berapa banyak kandungan yang dilayari, sudah tentu mereka tidak akan turunkan kandungan.
Sebab itu kita berharap selepas pindaan ini dibuat, KKD dapat mainkan peranan dengan Akta Komunikasi yang ada supaya dapat masuk dan pantau kandungan-kandungan seperti ini," katanya.
Terdahulu ketika membentangkan rang undang-undang itu Azalina berkata antara pindaan yang dilakukan terhadap rang undangf-undang itu ialah menggantikan terminologi "pornografi kanak-kanak" kepada "bahan penganiayaan seksual kanak-kanak" dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
Selain itu, Azalina berkata Fasal 15 yang bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 26A dan 26B ke dalam Akta 792 adalah untuk memberi mahkamah kuasa membuat perintah bagi pembayaran pampasan kepada mangsa kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023
Menurut Azalina, pindaan yang dilakukan itu mengambil kira kes jenayah yang begitu sofistikated, seiring kemajuan teknologi dan memerlukan pindaan kepada takrifan atau interpretasi jenayah itu diperluaskan. -Gambar fail/Bernama
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.