KUALA LUMPUR:Sebanyak 204 syarikat berkaitan pelancongan dan perhotelan terpaksa gulung tikar sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19 antara Mac hingga Oktober lalu.
Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 77 syarikat berkaitan industri hotel dan resort membabitkan kod 55101 hingga 55109 menamatkan perniagaan sejak Mac hingga Oktober tahun ini.
Beliau berkata, sebanyak 32 syarikat terbabit dalam penggulungan oleh mahkamah dan penggulungan secara sukarela.
Selain itu, menurutnya, sebanyak 57 syarikat dengan kod 79110 iaitu 'travel agency activities', kod 79120 iaitu 'tour operator activities' dan kod 79900 iaitu 'other reservation services and related activities' sudah menamatkan perniagaan.
“Penggulungan oleh mahkamah dan penggulungan secara sukarela untuk syarikat dengan kod sama adalah sebanyak 38 syarikat.
“Pada masa sama, jumlah syarikat pengusahaan pelancongan yang memohon lesen baharu dan diluluskan dari Mac hingga 31 Oktober 2020 sebanyak 135 syarikat," katanya pada sesi pertanyaan dan jawab lisan di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah hotel dan syarikat pelancongan gulung tikar sejak PKP bermula pada Mac tahun ini.
Dalam pada itu, Nancy berkata, kerajaan mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi untuk meringankan beban rakyat dan kelangsungan perniagaan, termasuk penggiat industri pelancongan.
Ujar beliau, kerajaan juga mengumumkan pelanjutan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong dalam negara sehingga 31 Disember 2021 bagi merancakkan pelancongan domestik negara.
“Kementerian turut menyediakan kemudahan pembiayaan seperti Tabung Infrastruktur Pelancongan (TIP) menerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) yang diuruskan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) bagi membantu pengusaha pelancongan untuk membangunkan dan mengembangkan produk dan projek pelancongan.
“Inisiatif ini boleh membantu penggiat industri pelancongan dan yang berkaitan untuk terus mampan dan berdaya tahan, lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik ini,” jelasnya.
Fauzi Suhaimi
Mon Nov 23 2020

Nancy Shukri berkata, sebanyak 77 syarikat berkaitan industri hotel dan resort membabitkan kod 55101 hingga 55109 menamatkan perniagaan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

2021 tahun pulihkan ekonomi negara melalui pelancongan domestik - Nancy
Beliau menyeru masyarakat untuk menerokai pelbagai destinasi pelancongan menarik yang ada di negara ini menerusi inisiatif 'Cuti-Cuti Malaysia'.

Kedah belum bersedia buka sempadan terima pelancong - Sanusi
Pembukaan pintu sempadan di tanah besar Kedah akan beri risiko jangkitan COVID-19 berikutan peningkatan kes positif di Thailand.

Kerajaan pertimbang buka sempadan bagi pelancong Korea Selatan, Jepun, New Zealand - Nancy
Kerajaan mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara bagi membantu merancakkan sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Martabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan - Nancy
Semua pihak perlu memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan di serata dunia.

Pantun, upacara wangkang diiktiraf UNESCO
Ini menjadikan lima warisan budaya tidak ketara negara yang diiktiraf UNESCO.

Perigi Tujuh Serendah akan diangkat sebagai tapak warisan kebangsaan - Nancy Shukri
Ia antara 11 butiran di daerah Hulu Selangor/Negeri Selangor yang berada dalam senarai inventori jabatan itu di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 bagi tujuan penyelidikan sebelum diwartakan.

Rakyat Malaysia perlu yakin untuk melancong dalam negara sendiri
MOTAC sedang giat merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif jangka pendek untuk kembali merancakkan pelancongan dalam negara.

Pegawai Tourism Malaysia positif COVID-19 - MOTAC
Semua pegawai dan kakitangan kementerian yang bertugas di bangunan ibu pejabatnya diarahkan menjalani kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah berkuat kuasa hari ini.

Travel bubble, ini apa yang anda perlu tahu
Begitupun, buat masa ini ia hanya melibatkan lokasi dalam Malaysia dan tidak melibatkan perjalanan ke luar negara.

Jangka rugi RM100 bilion, Travel Bubble beri nafas baharu pelancongan domestik
Keputusan kerajaan meluluskan Gelembung Perjalanan Domestik atau Teavel Bubble sedikit sebanyak memberi nafas baharu buat sektor pelancongan.