awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Hanya MAS bayar pampasan kepada waris mangsa MH370 setakat ini

Bernama
Bernama
28/11/2014
00:10 MYT
Dewan Rakyat: Hanya MAS bayar pampasan kepada waris mangsa MH370 setakat ini
LIOW: Jumlah pampasan yang dibayar berdasarkan Montreal Convention 1999.
Hanya Malaysia Airlines (MAS) yang akan membayar pampasan kepada keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lepas, setakat ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jumlah pampasan yang akan dibayar kepada keluarga mangsa dinilai berdasarkan Montreal Convention 1999 dan pembuktian kerugian yang ditanggung setiap penumpang.
"Namun, MAS menawarkan wang pendahuluan pampasan berjumlah US$50,000 sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap waris dan keluarga penumpang selepas kesemua dokumen sokongan yang diperlukan dikemukakan oleh waris dan keluarga penumpang," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat Khamis.
Beliau menjawab soalan Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) yang meminta Liow menjelaskan sama ada kerajaan atau MAS ada membayar apa-apa pampasan kepada keluarga mangsa MH370, dan berapa jumlahnya.
Liow berkata sebanyak RM32.6 juta dibelanjakan kerajaan setakat ini bagi menampung kos operasi mencari dan menyelamat susulan kehilangan pesawat Boeing 777 itu.
Pesawat MH370 dengan 227 penumpang serta 12 anak kapal dalam perjalanan ke Beijing apabila ia hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lepas.
Topic Berkaitan
#hilang
#liow tion lai
#mangsa
#MAS
#MH370
#pampasan
#tragedi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan