awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Kerajaan kaji keperluan laksana PKPB sehingga akhir tahun - Mohd Redzuan

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
23/11/2020
06:54 MYT
Dewan Rakyat: Kerajaan kaji keperluan laksana PKPB sehingga akhir tahun - Mohd Redzuan
Mohd Redzuan berkata, keputusan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bergantung kepada trend peningkatan membabitkan kes COVID-19 di negara ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kerajaan akan meneliti dan mengkaji keperluan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga akhir tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, bagaimanapun perkara itu akan dilakukan dengan melihat trend peningkatan membabitkan kes COVID-19 di negara ini.
Beliau berkata, PKPB dilaksanakan berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di setiap kawasan terbabit termasuk mengambil kira jumlah kes positif dan kadar kebolehjangkitan dalam lokaliti berkenaan.
“Pada masa sama, tindakan membendung penularan perlu kita laksanakan bagi mencegah dan mengurangkan kes COVID-19 seminimum yang boleh atau sehingga sifar kes melalui PKPB,” katanya dalam sesi Perbahasan Menteri di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, Mohd Redzuan ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 di peringkat dasar berkata, kerajaan juga sentiasa mengambil maklum keperitan rakyat dalam menempuhi kemerosotan ekonomi akibat pandemik itu.
“Oleh itu, SOP (prosedur operasi standard) sentiasa dikemas kini dari masa ke masa dan ditambah baik mengikut keperluan rakyat,” katanya.
Pada 14 November lalu, kerajaan melaksanakan PKPB selama dua minggu di Lembah Klang susulan peningkatan kes COVID-19 dan perintah itu telah dilanjutkan beberapa kali dan dijangka berakhir pada 6 Disember ini.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#perintah kawalan pergerakan
#PKPB
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#COVID-19
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#Mohd Redzuan Md Yusof
#lanjut PKP
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan