Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan memulakan mesyuarat pertamanya hari ini, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu.
Mesyuarat akan bermula pada 10 pagi dengan urusan pertama yang akan diselesaikan iaitu pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengesahkan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof akan dilantik memegang jawatan penting itu.
INFOGRAFIK: Mohamad Ariff, Speaker Dewan Rakyat ke-9
Selepas pemasyhuran Yang Dipertua Dewan Rakyat, urusan mesyuarat akan diteruskan dengan istiadat angkat sumpah ahli-ahli Parlimen, diketuai Dr Mahathir.
Kesemua 221 anggota Dewan Rakyat dijangka mengangkat sumpah kecuali Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, yang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada pankreas baru-baru ini.
Urusan mesyuarat kemudiannya akan disusuli dengan pemilihan dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada kalangan ahli Parlimen bagi membantu Yang Dipertua Dewan Rakyat mengendalikan urusan mesyuarat dan memastikannya berjalan lancar.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara menyaksikan peralihan kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) dan detik itu akan disiarkan secara langsung oleh semua stesen TV utama negara.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 16 Ogos.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V akan merasmikan serentak persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Selasa.
Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang ialah pada 5 April lepas, sebelum ia dibubarkan pada 7 April untuk memberi laluan kepada PRU14. -- Bernama
Bernama
Mon Jul 16 2018

Kakitangan Parlimen Malaysia membuat persiapan akhir di dalam Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu sebagai persediaan Pembukaan Parlimen pada Selasa depan. - BERNAMA

KPDNHEP keluarkan notis susulan kenaikan harga ayam
Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak awal bulan Ramadan.

AWANI Ringkas: Polis buru dalang iklan 'judi raya'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [17/04/2021]: Hanya gejala ringan | Lengkapkan siasatan | Harga ayam naik sejak Ramadan AWANI 7:45 [17/04/2021]: Hanya gejala ringan | Lengkapkan siasatan | Harga ayam naik sejak Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900296/7697252161618665555938_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [17/04/2021]: Hanya gejala ringan | Lengkapkan siasatan | Harga ayam naik sejak Ramadan
Saksikan #AWANI745 untuk berita terkini dalam dan luar negara bersama Luqman Hariz penyampai dan Essan Yahya. Fokus #AWANI745 malam ini: - Polis buru dalang pembikinan dua video judi dalam talian. - Pengetua sekolah pertahan keputusan sukan berasaskan kaum. - Tujuh jam masak serunding tradisional jadi tarikan pelanggan.

Agenda AWANI Asia: Ke arah rejuvenasi digital usahawan mikro, PKS
Bagaimana usahawan mikro, PKS bangkit dalam fasa pandemik, dan apa jenis inovasi yang diambil usahawan untuk mengoptimumkan teknologi digital bagi memastikan kelangsungan pengoperasian dan perniagaan?

Kertas siasatan Neelofa dan PU Riz dirujuk Peguam Negara minggu depan
Polis akan melengkapkan kertas siasatan selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara minggu depan.

Video Judi | Polis buru lelaki dipercayai dalang
Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai dalang kepada pembikinan dua video judi raya secara dalam talian yang tular di media sosial sejak semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, lelaki berusia 35 tahun itu dikehendaki kerana terlibat dalam sebaran video mempromosikan perjudian atas talian.

COVID-19 | Perlu cekap urus kewangan syarikat
Loh Kok Chow tidak terkecuali menerima tempias pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP. Kedainya yang menjual peralatan elektrik di bandar Tawau itu hampir gulung tikar. Namun, kekurangan fizikal sebagai oku diketepikan hingga dia mampu mempertahankan perniagaannya dengan kecekapan pengurusan kewangan.

COVID-19 | 2,331 jangkitan baharu, Selangor dan Kuala Lumpur rekod 1,003 kes
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 ialah sebanyak 2,331 kes, Jumlah berkenaan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini ialah sebanyak 372,859 kes. Daripada jumlah berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan 751 kes menjadikan negeri tertinggi diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (252).

SOP bazar Ramadan: Penganjur harap PBT dapat bantu buat pemantuan
Kawalan pergerakan keluar dan masuk yang lemah serta tindakan menyerbu oleh pelanggan di bazar Ramadan pada waktu puncak dikatakan menjadi punca mengapa SOP tidak dapat dipatuhi.

Pukul Pengawal Puasa | Kertas siasatan dirujuk pejabat Peguam Negara Isnin ini
Kertas siasatan berhubung kes pengawal peribadi dipukul kerana berpuasa oleh majikannya akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada Isnin depan.Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, ketika ini kertas siasatan hampir selesai.

Kembalikan semua kuasa semak dan imbang kepada Parlimen - Shafie, Syed Saddiq
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Syed Saddiq Abdul Rahman menyeru PM dan kerajaan PN untuk memikirkan semula Ordinan Baharu dan segera mengembalikan kuasa semak dan imbang kepada Parlimen.

Ordinan baharu: Jangan ketepikan akauntabiliti, Malaysia bukan kerajaan junta - Tok Mat
Malaysia masih lagi mengamalkan pemerintahan sebagai kerajaan awam dan bukannya sebuah kerajaan junta tentera.

Undi18: Penangguhan nafikan hak orang muda, pencabulan demokrasi - Maszlee
Tindakan kerajaan tidak melaksanakan Undi18 ketika ini meskipun diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah dilihat sebagai tindakan mencabul demokrasi.

KBS kemuka cadangan asing proses Undi18, pendaftaran automatik di kabinet
SPR diharap dapat melaksanakan usaha itu dengan segala formula dan ruang yang ada, memandangkan semua anggota Kabinet semalam menyokong Undi18.

Kerajaan PN lemah punca laksana darurat - Tun M
Menurutnya, ini memandangkan peraturan sedia ada seperti beberapa perintah kawalan yang dilaksanakan sebelum ini sudah cukup untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Kerajaan khianati janji pendaftaran pemilih automatik, Undi 18 - Anwar Ibrahim
Kerajaan didakwa mengkhianati janji yang telah dipersetujui tentang pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 yang dibuat di Dewan Rakyat.

Kegagalan Undi18 tutup tanggungjawab demokrasi 5.6 juta pengundi muda - Srikandi Muda
Ema Syuhaili percaya, ia melibatkan peluang anak muda 18 tahun ke atas sebagai calon Ahli Parlimen dan ADUN, bukan sekadar pemberi undi kepada parti-parti politik.

Undi18: Peluang damping golongan muda, bukan ancaman kedudukan politik - Sivarraajh
Pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih automatik perlu dilihat sebagai peluang untuk mendampingi golongan muda dan bukannya ancaman terhadap kedudukan politik parti pemerintah semata-mata.

Undi 18: Kenyataan SPR timbul tanda tanya - Khairy
Khairy menambah penurunan umur layak mengundi kepada 18 tahun serta pendaftaran automatik bukanlah hasrat kerajaan terdahulu semata-mata.

Undi18 dan pendaftaran pemilih automatik sebaiknya disegerakan - Saifuddin
Pelaksanaan untuk Undi 18 tahun (Undi18) dan pendaftaran pemilih automatik sebaiknya disegerakan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.