awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat sudah terima permohonan pengampunan Anwar

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2015
14:59 MYT
Dewan Rakyat sudah terima permohonan pengampunan Anwar
PANDIKAR AMIN: Petisyen tersebut difailkan bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong.
Dewan Rakyat telah menerima salinan permohonan bagi suatu pengampunan pada 24 Februari yang difailkan oleh Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Nurul Nuha Anwar dan Nurul Izzah Anwar.
Kata kenyataan dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Panglima Pandikar Amin Mulia pada Selasa, permohonan tersebut difailkan bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Memandangkan suatu petisyen telah difailkan di bawah perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
“Maka kehilangan kelayakan Yang Berhormat Permatang Pauh (Anwar) hanya akan mula berkuatkuasa sebaik sahaja petisyen itu diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Sehubungan itu, saya selaku Yang di-Pertuan Agong Dewan Rakyat hanya boleh mengemukakan pemberitahuan selaras dengan perkara 54 Perlembagaan Persekutuan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja kelayakan sebagai Ahli Parlimen mula berkuat kuasa mengikut perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan,” kata Pandikar Amin dalam kenyataan tersebut.
Terdahulu, dimaklumkan bahawa Dr Wan Azizah dan anaknya, Nurul Nuha telah menghantar permohonan itu ke Istana Negara dan Nurul Izzah telah menghantar satu surat rasmi untuk memaklumkan permohonan pengampunan Diraja itu, ke Parlimen.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#memohon pengampunan Diraja
#Nurul Izzah
#Nurul Nuha
#Panglima Pandikar Amin Mulia
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan