NATIONAL
Dewan Rakyat tak cukup korum, perbahasan terhenti seminit

Kor Ming terpaksa mengarahkan loceng dibunyikan selama seminit. - Gambar fail
Timbalan Speaker Nga Kor Ming terpaksa mengarahkan loceng Dewan Rakyat dibunyikan selama seminit ekoran jumlah Ahli Parlimen tidak mencukupi sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2020 hari ini.
Loceng itu telah dibunyikan pada pukul 4.06 petang, sewaktu giliran Tuan Steven Choong Shiau Yoon (PH - Tebrau) sedang berbahas.
Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN - Kinabatangan) bangun memetik peraturan mesyuarat apabila beliau melihat bilangan tidak mencukupi.“Peraturan Mesyuarat 13 - nampak dewan kita ini tidak cukup korum, jadi minta ruling,” katanya, menyebabkan Nga melakukan kiraan untuk pengesahan, dan seterusnya meminta loceng dibunyikan.
Sejurus loceng dibunyikan, kelihatan beberapa Ahli Parlimen bergegas masuk ke dalam dewan bagi mencukupi korum.
Jika siapa-siapa ahli menarik perhatian Pengerusi mengatakan tidak cukupbilang, maka hendaklah dipanggil ahli-ahli di luar Dewan Mesyuarat seolah-olah memanggil ahli kerana hendak diadakan belahbahagian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami