KUALA LUMPUR:Projek Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) terbukti teguh bertahan dan tetap mencatatkan pencapaian penting pada 2020 walaupun ketika dunia dilanda wabak COVID-19, kata Kuasa Usaha Kedutaan China di Malaysia Tang Rui.
Beliau berkata wabak itu tidak menjejaskan momentum BRI, sebaliknya membuktikan kerjasama di bawah kerangka BRI kekal teguh dan utuh.
Katanya, di bawah kerangka BRI terdapat lebih 200 perjanjian mengenai pelbagai inisiatif kerjasama dengan penyertaan aktif 138 negara dan 30 pertubuhan antarabangsa.
"Sekarang kita berada di penghujung 2020 dan jika kita imbau apa yang berlaku tahun ini kami gembira mengetahui BRI mampu bertahan daripada apa yang dijangka di peringkat awal," katanya semasa berucap pada International Forum on New Inclusive Asia 2020 secara maya semalam.
Pada 2019, terdapat 29 perjanjian kerjasama antara kerajaan, sekali gus meluaskan lagi jaringan kerjasama antarabangsa sedia ada, katanya.
Tang berkata kerjasama ekonomi dalam kerangka BRI memperlihatkan kekukuhan.
Pada tiga suku pertama 2020, jumlah dagangan antara China dan negara-negara BRI menunjukkan lonjakan daripada trend menurun dan mencecah 6.75 trilion yuan (US$1.03 trilion), dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 1.5 peratus atau 0.8 peratus lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan dagangan keseluruhan China.
Beliau berkata, FDI China di negara BRI turut mencecah US$13 bilion, menokok 7.7 peratus.
Katanya, majoriti projek pada awalnya terjejas akibat pandemik tetapi kini kembali ke landasan.
“Kami menyaksikan aliran kemajuan dalam banyak projek, banyak projek BRI di Kemboja, Laos, Bangladesh, Rusia, Serbia, Kenya, Hungary dan di seluruh dunia.
“Dan infrastruktur ini akan menjadi tulang belakang kepada pemulihan ekonomi dan kestabilan sosial," katanya.
Beliau turut berharap BRI akan memainkan peranan lebih besar selepas era COVID-19 termasuk peranan dalam program Kesihatan Laluan Sutera dalam meningkatkan kerjasama kesihatan awam dan infrastruktur dalam kalangan negara BRI.
Beliau berkata inisiatif Laluan Sutera Digital diharapkan dapat membantu merealisasikan lebih banyak peluang 'cloud commerce' dan ekonomi digital, sambil mendorong kerjasama penting dalam bidang seperti membina infrastruktur diperlukan, mengisi jurang digital dan menghubungkan lebih ramai orang menerusi pelbagai peluang.
"Lebih-lebih lagi, e-dagang laluan sutera telah menjadi fokus utama Laluan Sutera Digital untuk beberapa tahun kebelakangan ini dan akan menjadi tonggak kekuatan yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara-negara BRI selepas COVID-19 berakhir," tambah Tang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 18 2020
Tang Rui berharap BRI akan memainkan peranan lebih besar selepas era COVID-19 termasuk peranan dalam program Kesihatan Laluan Sutera. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
BRI mampu realisasikan matlamat pembangunan bersama - Putin
Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang diketengahkan Presiden China Xi Jinping hadir tepat pada masanya dan telah mencapai kemajuan positif, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.
BRI tumpu lapan aspek ke arah pembangunan berkualiti tinggi - Presiden Xi Jinping
Presiden Xi Jinping berkata China akan memberi penekanan kepada lapan aspek utama untuk menggalakkan pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang berkualiti tinggi.
Putin tiba di Beijing untuk hadiri Forum BRI
Pemimpin Rusia itu dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping untuk berbincang mengenai perkongsian komprehensif dan kerjasama strategik Rusia-China.
Adakah 'Belt and Road Initiative' China semakin perlahan?
Pembiayaan infrastruktur global China melalui BRI semakin perlahan susulan kelembapan yang dialami negara itu sejak sedekad lepas.
Penglibatan Malaysia dalam BRI tidak jejaskan perhatian kepada negara rantau lain - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Malaysia akan terus tingkatkan perhatian terhadap negara-negara tersebut.
HSR Jakarta-Bandung permudah pergerakan rakyat, pacu pertumbuhan ekonomi Indonesia
Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung diyakini dapat mempermudah pergerakan penduduk Indonesia.
'BRI China vs Friend-Shoring AS, Malaysia harus bijak hidu peluang'
AS kini dilihat mula memperluaskan polisi Friend-shoringnya ke negara ASEAN, Vietnam pilihan utama khususnya dalam sektor semikonduktor
China: Lebih 90 negara bakal sertai Forum Ketiga BRI
Forum pada Oktober itu bakal menjadi acara paling penting sempena memperingati ulang tahun ke-10 inisiatif BRI.
Ekonomi digital perlu jadi instrumen utama capai BRI, tingkat industri - Pakar
Ekonomi digital perlu menjadi instrumen utama dalam mencapai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China serta merangsang aktiviti industri, kata seorang pakar.
[KOLUMNIS] Risiko tersembunyi pinjaman Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China
Penting bagi negara seperti Malaysia memahami potensi risiko yang dikaitkan dengan BRI, termasuk kemungkinan kitaran perangkap hutang diplomasi.