Gara-gara mengenali seorang gadis melalui aplikasi 'WeChat', seorang lelaki dibelasah sehingga mengalami kecederaan di tengkuk, manakala motosikalnya dibakar.
Kejadian berlaku jam 11 malam Khamis selepas lelaki berkenaan pergi ke rumah gadis itu bagi menjemputnya dan berjumpa anggota keluarganya di Taman Angsana, Pokok Sena, Kedah.
Sebaik mangsa tiba di rumah gadis terbabit, abang gadis itu menerpa keluar dan memarahi mangsa.
Namun, sebaik sahaja mangsa bertanya mengapa dia dimarahi, abang gadis berkenaan didakwa bertindak membelasahnya sehingga mengalami kecederaan di tengkuk.
Lelaki itu kemudian dikatakan telah menendang motosikal mangsa, sebelum membuka tangki minyak dan membakarnya.
Pada masa sama, mangsa kemudian melarikan diri dan telah meminta bantuan daripada jiran yang kebetulan berada di hadapan rumahnya.
Mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.
Astro Awani
Fri Apr 14 2017

Mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Pasangan panda gergasi Fu Wa, Feng Yi dihantar pulang ke China bulan depan - NRES
Pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP) Zoo Negara sejak 2014 akan dihantar pulang ke China pada Mei ini, menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Keistimewaan lokan bakar, puding kelapa 'permata kulinari' di Tuaran
Keenakan lokan bakar yang dimakan bersama sambal kicap dan kesegaran puding kelapa - menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Kampung Salut, Tuaran.

Pesara rugi lebih RM311,000 angkara ditipu pelaburan tidak wujud
Wanita berusia 66 tahun itu mendakwa telah memuat turun aplikasi diberikan suspek bagi tujuan pelaburan tersebut.

Kertas siasatan kes ilustrasi Jalur Gemilang dirujuk ke Peguam Negara - KPN
Kertas siasatan membabitkan akhbar Sin Chew Daily berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar berkenaan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Perang dagang AS-China: Antara selera dan sentimen, sisi berbeza warga Beijing
Sebagai wartawan, sudah tentu saya telah banyak menulis dan membaca laporan berkaitan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS).
Kerjasama BN-PH tidak jejas kestabilan
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata Pengumuman kerjasama antara BN dan PH oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, tidak akan menjejaskan kestabilan kerajaan negeri Sabah.

Isu boikot latihan: MA utamakan kebajikan atlet, harap latihan diteruskan
Olahraga Malaysia (MA) menegaskan kebajikan atlet negara akan terus menjadi keutamaan susulan isu mogok latihan yang dikendalikan oleh Pengarah Teknikal Olahraga Malaysia Robert Ballard.
GRS akan tentukan kerjasama terbaik demi capai mandat
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) akan menentukan sendiri siapa rakan mereka dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.
45 pekerja restoran arab popular Bukit Bintang ditahan
Kesemua mereka yang ditahan merupakan pekerja sebuah restoran makanan Arab popular di Bukit Bintang.
[TERKINI] Kertas siasatan membabitkan Sin Chew Daily lengkap
Kertas siasatan membabitkan akhbar Sin Chew Daily berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar berkenaan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Ibu pejabat imigresen dan KPDNKK dipecah masuk
ACP Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian dipercayai berlaku pada tengah malam tadi dan hanya disedari kakitangan kedua-dua pejabat berkenaan ketika memulakan tugas pagi tadi.

Lelaki intai wanita guna kamera digital diletak pada kasut
Kejadian itu berlaku di sebuah Pasar Tani di Jalan Langgar di mana mangsa diintai ketika sedang membeli kuih di sebuah gerai di situ.

Meninggal dunia ketika kawasan judi diserbu
Seorang penjudi maut ketika satu 'port' judi di sebuah bangsal di Kampung Titi Keling di sini diserbu petang semalam.

Warga asing ditangkap selepas menyamun
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata suspek yang berusia 33 tahun itu sebelum itu dilapor menyamun seorang wanita berusia 29 tahun di Taman PKNK pada pukul 12.30 tengah malam.

Suspek tetak adik ditahan selepas mendapat rawatan
Suspek dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas mendapatkan rawatan akibat kecederaan di tangan kirinya malam tadi.