awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didakwa langgar PKP, MB Terengganu tampil beri keterangan kepada polis

Bernama
Bernama
19/04/2020
21:27 MYT
Didakwa langgar PKP, MB Terengganu tampil beri keterangan kepada polis
Ahmad Samsuri (gambar) telah datang ke IPK untuk memberi keterangan dan bekerjasama, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik. --fotoBERNAMA
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Ahad hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kehadiran Ahmad Samsuri di balai tersebut turut dimuat naik di laman sosial Facebook Polis Terengganu dan beliau dikatakan tiba kira-kira 4 petang.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik yang dihubungi Bernama berkata Ahmad Samsuri hadir untuk memberi keterangan berhubung gambar beliau bersama beberapa lelaki di rumah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
"Ahmad Samsuri telah datang ke IPK untuk memberi keterangan dan bekerjasama. Kita akan siasat kes ini di bawah Seksyen 6 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.
Pada Jumaat, tular di pelbagai platform media sosial gambar Ahmad Samsuri bersama beberapa lelaki dan beliau didakwa tidak melakukan penjarakan sosial seperti yang disarankan pihak kerajaan.
BACA: "Hukum saya, bukan sukarelawan yang bantu orang miskin" - Ahmad Said
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Said
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#beri keterangan
#COVID-19
#Facebook
#Gambar tular
#IPK Terengganu
#langgar PKP
#media sosial
#Menteri Besar
#PKP
#Polis Terengganu
#Roslee Chik
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan