awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dipatuk ular sewaktu beri makan, Raja Ular Perlis masuk ICU

Salim Aziz
Salim Aziz
04/08/2019
09:12 MYT
Dipatuk ular sewaktu beri makan, Raja Ular Perlis masuk ICU
Ketika dalam perjalanan ke hospital, Hafiz didapati tidak sedarkan diri sehingga dimasukkan ke ICU malam tadi. - Foto ihsan keluarga
Bukannya dipatuk ketika sedang membuat persembahan ular, sebaliknya Raja Ular Perlis yang juga Kakitangan Taman Ular dan Reptilia Batu Pahat, Muhammad Hafiz Alias, 26, dipatuk ular jenis tedung selar, ketika sedang memberi makan kepada reptilia itu, di tempat kerjanya petang Sabtu.
Pengesahan itu dibuat Pemangku Pengurus Taman Ular dan Reptilia Batu Pahat, Ariffin Baharom yang berkata Hafiz diserang reptilia itu pada bahagian atas lutut kirinya, kini sedang dirawat di Unit Pemerhatian Rapi dan Kecemasan I-C-U Hospital Tuanku Fauziah (H-T-F) selepas dimasukkan ke wad berkenaan, petang semalam.
Menurut Ariffin, kejadian berlaku sekitar 3.30 petang, ketika Hafiz masuk ke dalam sangkar untuk memberi reptilia terbabit makan, sepertimana mengikut jadual.
Bagaimanapun, sejurus dia dipatuk, Hafiz meminta bantuan rakan sekerjanya, sebelum dia dibawa ke HTF dengan menaiki kenderaan syarikat.
Sejurus dia dipatuk, Hafiz meminta bantuan rakan sekerjanya, sebelum dia dibawa ke HTF dengan menaiki kenderaan syarikat. - Foto ihsan keluarga
Sejurus dia dipatuk, Hafiz meminta bantuan rakan sekerjanya, sebelum dia dibawa ke HTF dengan menaiki kenderaan syarikat. - Gambar fail foto ihsan keluarga
Ketika dalam perjalanan ke hospital, Hafiz didapati tidak sedarkan diri sehingga dimasukkan ke ICU malam tadi.
Ariffin yang melawat kakitangannya tengah hari tadi turut memaklumkan, perkembangan Hafiz dilaporkan positif dan dia ada menunjukkan sedikit pergerakan.
Ketika ini, Raja Ular Perlis itu, masih menerima rawatan dan dibenarkan melawat secara berkala dan berperingkat.
Hafiz, merupakan seorang penjinak dan penjaga ular di Taman Ular dan Reptilia, yang sudah bertahun berkhidmat disana.
Sebelum ini, Hafiz pernah dipatuk reptilia itu di lengan kirinya.
Topic Berkaitan
#Dipetik ular
#Hospital
#Hospital Tuanku Fauziah
#HTF
#ICU
#masuk ICU
#Muhammad Hafiz Alias
#Perlis
#Raja Ular Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan