LIPIS: "Ketika kejadian adik ipar sedang berbaring depan TV sebelum dikejutkan dengan kehadiran harimau akar yang tiba-tiba masuk ke dalam rumah,".
Demikian kata Siti Hapesah Ishak, 73, ketika menceritakan kejadian harimau akar yang menceroboh masuk ke kediaman adiknya, Faridah Ishak, 58, di Kampung Sentang, Pagar Sasak di sini petang semalam.
Siti Hapesah yang tinggal berjiran dengan adiknya berkata, suami Faridah, Tahir Al Tipah, 58, yang tidak dapat bercakap akibat menghidap kanser peti suara bertindak menghalau harimau akar terbabit sebelum haiwan itu melompat ke atas katil yang menempatkan Faridah yang terlantar akibat strok.
"Masa melompat atas katil, kuku harimau terbabit terkena pada kening adik yang terbaring kerana mengalami strok.
"Haiwan liar tersebut kemudiannya bertindak melompat keluar ikut tingkap yang terbuka sebelum ia menyorok di bawah rumah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
BACA: Penghuni cemas, ada harimau akar 'berehat' bawah rumah
Siti Hapesah berkata, Tahir yang terkejut dengan kejadian yang berlaku bertindak berlari memanggilnya di rumah sambil memaklumkan dengan menggunakan bahasa isyarat terdapat seekor harimau masuk ke dalam rumah.
Jelas Siti Hapesah, dia bertindak segera memanggil jiran dan sepupu yang tinggal berhampiran untuk melihat haiwan tersebut yang menyorok di bawah rumah.
"Mulanya saya sangka kucing besar atau haiwan lain, tetapi apabila jiran dan saudara datang menyuluh di bawah rumah, kami semua terkejut melihat harimau akar yang bersaiz agak besar ada di situ.
"Sebelum harimau akar itu menceroboh masuk ke dalam rumah, haiwan liar terbabit dipercayai ingin memburu makanan dan sempat membunuh seekor kucing di halaman rumah.
"Mungkin masa hendak makan kucing tersebut, harimau akar itu terkejut dengan bunyi motor yang lalu lalang di jalan raya berhampiran lalu berlari masuk ke dalam rumah," jelasnya.
Siti Hapesah berkata, dia bersyukur kerana Faridah hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dirawat oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Padang Tengku.
Jelasnya, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku di kampung terbabit dan menggemparkan penduduk setempat.
"Sebelum ini penduduk kampung tidak pernah melihat kelibat harimau akar berkeliaran tambahan pula rumah ini hampir dengan jalan besar.
"Mungkin habitatnya terancam dan tiada makanan menyebabkan haiwan liar itu keluar dari hutan dan mencari makanan di sekitar kampung," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam, seekor harimau akar yang memasuki rumah dan mencederakan seorang wanita pengidap strok di Kampung Sentang, Pagar Sasak di sini berjaya ditangkap tengah malam tadi.
Ketua Polis Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, haiwan itu ditangkap anggota Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kira-kira jam 12.45 tengah malam setelah ditembak menggunakan ubat pelali.
Norfarhiza Mohd Atar
Fri Nov 25 2022

Tahir Al Tipah menunjukkan tempat dia berbaring sebelum dikejutkan dengan kehadiran harimau akar yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya. - Gambar/ Astro AWANI

Kerajaan perlu tumpu aspek meningkatkan pendapatan rakyat - DPDM
Kerajaan sewajarnya mula memikirkan cara untuk membantu rakyat meningkatkan pendapatan.

Pendidikan | Lebih 7,000 kanak-kanak di Sarawak tidak dapat pendidikan awal
Lebih 7,000 kanak-kanak di sarawak tidak mendapatkan pendidikan awal prasekolah sebelum memasuki tahun 1, kata Datuk Seri Fatimah Abdullah. Angka itu diperoleh beliau menerusi statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak.

Kurang Guru | KPM digesa pertimbang ambil guru dalam kalangan anak Sabah
Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menggesa Kementerian Pendidikan supaya mempertimbangkan pengambilan guru dalam kalangan anak tempatan. Menurut Presidennya, Mohd Kifflee Alli berkata langkah itu bukan sahaja mampu menyelesaikan isu kekurangan guru Sabah tetapi secara tidak langsung mengurangkan kadar pengangguran di negeri berkenaan.

Pendidikan | KPM perluas sekolah integrasi di seluruh negara
Sekolah integrasi akan diperluas ke daerah-daerah di seluruh negara. Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, program berkenaan perlu diutamakan kerana memberi pelbagai manfaat dan kebaikan khususnya dalam menyatu-padukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

#SuaraMalaysia: Menjelang Belanjawan 2023, bantuan sara hidup jadi tumpuan
Sebanyak 57 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.

Projek Sakit | Disebabkan kontraktor tidak cekap - Abang Johari
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan kelewatan projek-projek pembangunan di negeri itu adalah disebabkan kontraktor yang tidak kompeten. Malah tegasnya, semua peruntukan untuk projek-projek itu telah disediakan dan tidak sewajarnya ia gagal atau mengalami kelewatan. Sehubungan itu, Abang Jo mahu isu ini ditangani segera bagi mengelak kerugian kepada kerajaan sekali gus mengecewakan rakyat.

Terima Suapan | Penjawat awam mengaku tidak bersalah
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Tawau, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan jawatannya mendapatkan suapan, tiga tahun lalu. Tertuduh Mahasan Nordin 36 tahun, membuat pengakuan itu dan memohon untuk dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jason Juga.

Bunuh | Enam termasuk pegawai dan anggota polis didakwa
Enam individu termasuk pegawai dan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret, Tawau pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pemandu e-hailing. Tertuduh Rosdi Rastam, 44, Dennis Anak Enit, 44, Fabian Anak Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, dan seorang orang awam Vivien Fabian, 34, didakwa membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, dalam daerah Tawau.

Lawatan PM Anwar ke Thailand bakal teroka kerjasama baharu
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand bermula Khamis dijangka memperluas lagi kerjasama sedia ada dan meneroka kerjasama baharu.

Universiti tidak sepatutnya lupakan keutamaan kajian kemanusiaan - Sultan Nazrin
Biarpun peralihan tumpuan sektor pendidikan tinggi kepada mata pelajaran STEM meningkat, universiti tidak sepatutnya melupakan keutamaan kajian kemanusiaan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Disangka kucing besar, rupanya harimau akar
Seekor harimau akar yang memasuki rumah dan mencederakan seorang wanita pengidap strok di Kampung Sentang, Pagar Sasak berjaya ditangkap tengah malam tadi.

Harimau akar masuk rumah, wanita strok cedera dicakar di kening
Kejadian yang mencemaskan itu dipercayai berlaku ketika harimau tersebut sedang mengejar seekor kucing.

Penghuni cemas, ada harimau akar 'berehat' bawah rumah
Seekor harimau akar berkeliaran di Kampung Pagar Sasak, dan berehat di bawah sebuah rumah penduduk di kampung itu petang tadi.

Disangka kucing hutan, rupa-rupanya harimau akar
Misteri kematian ayam ternakan penduduk Kampung Jelutong, Chepir akhirnya terjawab.