awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2026

Bernama
Bernama
07/02/2026
02:20 MYT
Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2026
Pemberian diskaun ini diharap dapat meringankan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena perayaan itu serta menjelang Ramadan. - Gambar hiasan/PLUS
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 dengan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM19.5 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet semalam selaras dengan usaha kerajaan menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum serta agama.
"Pelaksanaan diskaun akan bermula pada 12.01 tengah malam 14 Feb dan berakhir pada 11.59 malam 15 Feb.
"Pemberian diskaun ini diharap dapat meringankan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena perayaan itu serta menjelang Ramadan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nanta berkata inisiatif itu terpakai kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang namun tidak melibatkan plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Sehubungan itu, Nanta menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan baik, mematuhi had laju dan arahan papan tanda serta memanfaatkan aplikasi MyPLUS-TTA dan TuJu Highway Navigation Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk cadangan waktu perjalanan.
Beliau turut mengesyorkan orang ramai menyemak maklumat trafik semasa melalui saluran rasmi LLM atau menghubungi pusat pengurusan trafik agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat terkini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diskaun tol
#Tahun Baharu Cina
#Alexander Nanta Linggi
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan