awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disney tubuh pejabat pemboleh daya teknologi khusus untuk AI, AR

Amanz
Amanz
04/11/2024
05:30 MYT
Disney tubuh pejabat pemboleh daya teknologi  khusus untuk AI, AR
Pejabat ini akan membangunkan teknologi AI dan AR untuk digunakan dalam filem, televisyen, dan taman tema Disney. -Amanz
THE Walt Disney tidak asing dengan pelbagai pembangunan teknologi menarik seperti dari fiksyen menjadi realiti.

Ringkasan AI
  • Disney telah menubuhkan Pejabat Pemboleh Daya Teknologi khusus untuk kecerdasan buatan (AI) dan realiti terimbuh (AR), yang akan diketuai oleh Jamie Voris.
  • Pejabat ini akan membangunkan teknologi AI dan AR untuk digunakan dalam filem, televisyen, dan taman tema Disney, dengan tujuan mengubah persepsi pengguna dan mengembangkan perniagaan.
  • Disney melihat masa depan kandungan AR yang sesuai untuk set kepala realiti gabungan, seperti Apple Vision Pro, dan berharap untuk memperluas kandungan imersif ini ke lebih banyak platform.

Terbaharu, mereka telah menubuhkan satu bahagian khas iaitu Pejabat Pemboleh Daya Teknologi khusus untuk kecerdasan buatan dan realiti terimbuh.
Pejabat ini, iaitu Office of Technology Enablement, akan membangunkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan realiti terimbuh (AR) untuk diimplementasikan ke dalam filem, kandungan televisyen, dan bahagian dalam taman tema Disney.
Ia akan diketuai oleh Jamie Voris, individu yang bertanggungjawab menjayakan aplikasi Disney+ untuk Apple Vision Pro.
Disney yakin yang AI dan AR akan mengubah persepsi pengguna terhadap menikmati kandungan, mengubah kerja-kerja kreatif dan juga membolehkan perniagaan dikembangkan lagi.
Projek-projek di bawah pejabat ini adalah pelbagai tetapi akan memastikan ia selari dengan visi dan misi Disney. Pejabat Pemboleh Daya Teknologi ini akan mempunyai sehingga 100 pekerja.
Disney turut melihat yang masa hadapan kandungan realiti terimbuh yang sesuai untuk penggunaan bersama set kepala realiti gabungan/realiti diperluas boleh menarik ramai pengguna.
Setakat ini, Marvel dan ILM ada bekerjasama untuk kandungan imersif dalam Apple Vision Pro. Memandangkan set kepala ini terhad di negara terpilih, penawaran kandungan pun terhad.
Diharapkan dengan perkembangan industri set kepala, AI, dan realiti gabungan – kandungan Disney imersif ini juga akan diperluas ke dalam banyak platform mungkin Pico juga? -Amanz
Topic Berkaitan
#Disney
#Pejabat Pemboleh Daya Teknologi
#AI dan AR
#filem televisyen dan taman tema
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan