awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditipu pelaburan saham tidak wujud, pengamal perubatan rugi RM8.7 juta

Bernama
Bernama
30/07/2025
10:14 MYT
Ditipu pelaburan saham tidak wujud, pengamal perubatan rugi RM8.7 juta
Mangsa terperdaya iklan pelaburan pada April lepas melalui media sosial dan tertarik dengan janji yang memberikan keuntungan lumayan.
JOHOR BAHRU: Wang simpanan seorang pengamal perubatan sebanyak RM8.7 juta lebur apabila wanita berusia 53 tahun itu menjadi mangsa penipuan pelaburan saham secara dalam talian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Supt Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata mangsa terlihat iklan berkaitan pelaburan berkenaan pada April lepas melalui media sosial dan tertarik dengan janji yang memberikan keuntungan lumayan.
Beliau berkata mangsa terus berurusan dengan suspek untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum ditawarkan pulangan hingga 520 peratus daripada jumlah pelaburan.
"Percaya dengan keuntungan yang dijanjikan antara bulan Mei hingga Julai, mangsa telah membuat pembayaran berjumlah RM8.7 juta ke dalam beberapa akaun bank seperti yang diarahkan suspek.
"Kemudiannya, daripada jumlah yang dilaburkan, mangsa diberitahu hanya memperoleh keuntungan sebanyak RM6,033 dan mangsa dipaksa untuk membayar lebih RM500,000 sebagai deposit untuk mengeluarkan wang terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata mangsa turut menerima ugutan bahawa akaun pelaburannya akan dibekukan, sebelum menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan dan membuat laporan polis semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#pelaburan tidak wujud
#sindiket penipuan
#media sosial
#mangsa rugi
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan